SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

18 January 2012

SABAH IKAT T-TEAM


Carta Liga Super selepas perlawanan ke 3 semalam.

Sabah berjaya mengikat pasukan T-Team 0-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebentar tadi. Ternyata misi memburu 1 mata di KT berjaya hasil corak permainan mantap yang ditunjukkan oleh pasukan Sabah. Pertukaran dan perubahan tektikal yang diilhamkan oleh Justin Ganai dengan menggunakan Ronny Harun, Mafri Balang, Reithauddin dan Fariss di bahagian pertahanan jelas sekali mudah mematahkan setiap pergerakan penyerang T-Team. Dengan kelibat Azizon Kadir yang pertama kali diturunkan oleh 'Sabahawks' juga sedikit sebanyak merubah corak pertahanan Sabah yang dianggap cukup kental malam tadi.

Dengan keputusan itu Sabah melonjak ke tangga 9 carta Liga Super dengan memungut 4 mata hasil satu kemenangan, satu seri dan kalah sekali. Perlawanan Sabah seterusnya pada hari Sabtu ini 21 Januari 2012, dengan menentang pasukan Young Lions Singapura di Stadium Likas. 

1 comment:

  1. Semakin mantap ba pasukan Sabah ini... saya mahukan lebih banyak berita gembira dari mereka.. kepada penyokong jangan lupa pergi Stadium hehe....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...