SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

13 January 2012

KEMPEN SERBU STADIUM LIKAS


Pertembungan seteru Borneo antara Sabah dan Sarawak memang menjanjikan persaingan sengit dalam kancah bola sepak Malaysia. 14 Januari ini sekali lagi peminat kedua dua pasukan disajikan aksi hebat dalam persaingan Liga Super di Stadium Likas. Sejarah pertembungan 2 wakil Borneo ini memang sengit dan seimbang, dan pertemuan ini juga adalah yang pertama sejak beberapa tahun yang lalu. Ini kerana Sarawak telah pun diangkat ke Liga Super selepas berjaya menduduki tangga kedua dalam Liga Perdana musim lepas. Pastinya pertemuan Derby Borneo ini amat dinanti natikan oleh penyokong kedua dua pasukan.

Musim ini Sarawak dikatakan mempunyai skuad mantap berbanding musim lepas. Kehadiran 2 pemain import mereka iaitu penyerang Kalle Sone dan pertahanan Guy Belle kedua duanya dari Cameroon serta kehadiran penyerang tempatan seperti K.Ravindran, K.Rajan dan Khairul Azahar Eidros sudah cukup membuktikan Sarawak perlu diberi perhatian musim ini. Malah jika dinilai menerusi 2 aksi persahabatan sebelum ini, Sarawak nyata GAH mengatasi Sabah dengan kemenangan serta seri sekali. Aksi tangkas Sarawak juga mungkin disebabkan kehadiran Penjaga Gol berpengalaman iaitu Saiful Amar Sudar.

Namun itu cerita dalam aksi Friendly, atas kertas Sarawak menang, tapi keputusan sebenar siapa lagi hebat akan ditentukan dalam masa 90 minit diatas padang. Sabah yang dikejutkan dengan kekalahan "Kontrovesi" kepada Felda United dalam aksi sulung sudah pun melupakan tragedi itu dan kini menumpukan perhatian sepenuhnya untuk memungut mata penuh dihalaman sendiri. Sudah pasti para pemain Sabah tidak rela menghampakan ribuan penyokong sejati mereka Sabtu ini. Sabah bakal menurunkan kesebelasan terbaiknya menentang Sarawak dan kemenangan sahaja lah akan menaikkan momentum mereka untuk terus bersaing dalam Liga Super.

Bagi ribuan penyokong Sabah, ini lah masanya kita bersatu dalam satu suara, Ayuh kita serbu Stadium Likas sabtu ini. Buktikan kepada semua, Penyokong Sabah antara penyokong yang terbaik di Malaysia. Kemenangan pasti akan menjadi milik kita. Ingat, datang seawal yang mungkin kerana dikhuatiri jalan akan sesak menjelang malam. Pastikan juga penyokong2 Sabah berbaju "MERAH" sebagai tanda sokongan kita dan jadikan Stadium Likas sebagai lautan merah bagi menyemarakkan lagi semangat pemain-pemain Sabah. 

" SABAH TATAPSSS..!!"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...