SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

30 December 2010

SEJARAH PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN SABAH DALAM LIGA MALAYSIA


Persatuan Bola Sepak Sabah atau Sabah FA adalah sebuah kelab bola sepak profesional yang mewakali negeri Sabah dalam kejohanan bola sepak di Malaysia. Stadium utama pasukan ini ialah Stadium Likas yang terletak di Kota KinabaluSabah
Sabah merupakan pasukan yang paling berjaya di Malaysia Timur. Pencapaian Sabah dalam Liga mahupun Piala Malaysia belum dapat ditandingi jirannya Sarawak FA.  Beberapa pemain kebangsaan Malaysia telah dilahirkan dari pasukan ini seperti Matlan Marjan dan penyerang kembar Malaysia era 80-an Hassan Sani dan James Wong.

Sabah merupakan salah satu pasukan yang begitu dikenali di Malaysia. Zaman kegemilangan Sabah bermula pada penghujung tahun 1970-an. Pada masa inilah beberapa pemain berkualiti dilahirkan. Pemain seperti Hassan Sani dan James Wong merupakan tonggak yang membantu Sabah menjadi naib juara liga dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 1979 dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol.[1] Tidak cukup dengan itu, status Sabah semakin melonjak apabila gergasi Inggeris Manchester United berkunjung ke bumi Sabah pada tahun 80-an untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan. Perlawanan tersebut menyaksikan Manchester United menewaskan pilihan Sabah dengan jaringan 0-2.[2]

Apabila liga separuh profesional diperkenalkan pada awal 1989. Sabah menjadi antara pasukan yang sering mencabar pasukan elit seperti Selangor dalam kancah bola sepak Malaysia. Pemain seperti Matlan Marjan yang ketua pasukan kebangsaan pada masa itu, membantu Sabah memenagi pertandingan profesional pertama mereka iaitu Piala FA Malaysia pada tahun 1995 setelah menewaskanPahang 3-1. Meskipun skandal rasuah bola sepak berlaku pada 1994 dan 1995 yang melibatkan beberapa tonggak Sabah seperti penyerang berbisa kebangsaan Matlan Marjan, bola sepak Sabah kekal pada prestasinya. Sabah berjaya memenangi Piala FA Malaysia pada 1995 dan Liga Perdana (kini Liga Super Malaysia) pada 1996. Sabah juga muncul selaku naib juara Piala Malaysia 1996.
Sabah Juara Piala FA 1995
Sabah Juara Liga Perdana 1996
Pada era 2000, prestasi Sabah mula merosot. Mereka sekadar menduduki tangga ke 11 liga dan tersingkir ke Liga Perdana 2. Sabah cuba bangkit pada musim berikutnnya dan berjaya menjadi naib juara liga. Sabah kembali ke pentas utama bola sepak Malaysia dan mereka berjaya menduduki tempat ketiga liga. Sabah juga muncul selaku naib juara Piala Malaysia2002 buat kali kedua.



Musim berikutnya, Sabah berjaya menduduki tempat keempat liga dan mereka sekali lagi kecewa apabila tewas buat kali ketiga di perlawanan akhir Piala Malaysia.
Apabila Liga Super Malaysia 2004 diperkenalkan, prestasi Sabah mula dilihat menurun. Sabah terpaksa berhempas pulas menyelamatkan diri dari penyingkiran ke Liga Perdana pada musim pertama Liga Super. Pada musim berikutnnya Sabah terpaksa akur apabila tersingkir ke Liga Perdana meskipun mempunyai penyerang berbisa Julio Rodriguez yang menjaringkan 18 gol.


Selepas tersingkir ke Liga Perdana, Sabah gagal untuk kembali ke Liga Super meskipun memasuki pusingan kalah mati untuk ke Liga Super. Meskipun bermula baik pada awal musim 2007/08, Sabah hanya sekadar menduduki tangga keempat.


Ketibaan jurulatih baru Gary Phillips memulakan kebangkitan prestasi Sabah FA. Dalam masa 7 bulan sahaja khidmat beliau yang bermula pada Disember 2009, Sabah berjaya menduduki tangga ke 2 Liga Perdana sekaligus mengakhiri 6 tahun penantian Sabah FA untuk beraksi di Liga Super.
PENCAPAIAN
KejuaraanJuaraNaib Juara
Piala Malaysia1996, 2002, 2003
Divisyen 1/Perdana 1/Liga Super1996
Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana2001, 2010
Piala FA Malaysia19951993, 1994, 1998
Piala Sultan Ahmad Shah1996

REKOD PENCAPAIAN DOMESTIK
MusimLigaPosisiPiala MalaysiaPiala FA
Amatur
1978--Separuh Akhir[3]-
1979Piala Malaysia2Separuh Akhir-
1980Piala Malaysia6--
1981Piala Malaysia15--
1982Piala Malaysia8Suku Akhir[3]-
1983Piala Malaysia10/16--
1984Piala Malaysia5Suku Akhir-
1985Piala Malaysia16--
1986Piala MalaysiaMenarik Diri[3]--
1987Piala Malaysia10/17--
1988Piala Malaysia15/17--
Semi-Pro
1989Liga Bahagian 23/8--
1990Liga Bahagian 18/10-Separuh Akhir
1991Liga Bahagian 17/10-Pusingan Awal
1992Liga Bahagian 18/10-Separuh Akhir
1993Liga Bahagian 23/8-Naib Juara
Profesional
1994Liga Perdana4/16Peringkat KumpulanNaib Juara
1995Liga Perdana5/15Separuh AkhirJuara
1996Liga PerdanaJuaraNaib JuaraPusingan Ke-2
1997Liga Perdana3/15Peringkat KumpulanPusingan Ke-2
1998Liga Perdana5/12Separuh AkhirNaib Juara
1999Perdana 14/10Peringkat KumpulanSeparuh Akhir
2000Perdana 111/12Peringkat KumpulanPusingan Awal
2001Perdana 2Naib JuaraPeringkat KumpulanSeparuh Akhir
2002Perdana 13/14Naib JuaraSuku Akhir
2003Perdana 14/13Naib JuaraSeparuh Akhir
2004Liga Super6/8Separuh AkhirSuku Akhir
2005Liga Super8/8Peringkat KumpulanSuku Akhir
2005/06Liga Perdana
(Kumpulan B)
4/8Peringkat KumpulanPusingan Awal
2006/07Liga Perdana6/11Separuh AkhirSuku Akhir
2007/08Liga Perdana4/13Peringkat KumpulanSuku Akhir
2009Liga Perdana9/13Peringkat KumpulanPusingan Awal
2010Liga Perdana2/12Pusingan Awal
2011Liga Super


SUMBER : SABAH FA - Wikpedia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...