SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

14 December 2010

MENJELANG PERTEMUAN SEPARUH AKHIR PIALA SUZUKI AFF : MALAYSIA vs VIETNAM




SKUAD bola sepak negara harus menang ke atas Vietnam, esok bagi menambah keyakinan apabila berkunjung ke gelanggang lawan pada perlawanan timbal balik separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010. 

Amanat itu disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang percaya kelebihan dengan modal selesa dapat bantu menaikkan keyakinan pemain negara apabila bermain di hadapan ribuan peminat fanatik Vietnam di Stadium My Dinh nanti.
“Saya berharap pasukan bola sepak negara dapat bermain penuh semangat menewaskan Vietnam dengan lebihan gol kerana tahu apabila pergi ke Vietnam nanti, kita akan bertarung dalam ‘stadium keramat’ mereka,” katanya selepas majlis perasmian Projek Hoki 1Mas di Stadium Tun Razak, semalam.

Katanya pasukan negara bawah bimbingan jurulatih, K Rajagobal itu memerlukan sokongan padu dalam pusingan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok. 

“Saya berharap ramai yang akan keluar menyokong pasukan negara dan menaikkan semangat bagi membantu menambah lebih banyak gol,” katanya. 

Sementara itu buat peminat3 bolasepak yg berada diluar Kuala Lumpur yg tdk dapat menyaksikan langsung di stadium, anda boleh lah menyaksikan dan memberi sokongan dgn menonton siaran langsung pertemuan menarik ini di RTM1 dan Astro StarSport. Channel 813 jam 8.00 mlm esok.


skuad kebangsaan gigih menjalani latihan petang smlm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...