SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

15 December 2010

MALAYSIA PERLUKAN TENTERA HITAM KUNING


Pada peringkat awal kumpulan, skuad kebangsaan gagal bermain dengan baik, apabila dibelasah Indonesia di depan ribuan penyokong mereka, GBK (Gelora Bung Karno) sentiasa penuh sesak dengan ribuan penyokong. Dimeriahkan dengan lautan MERAH PUTIH! Dari angkatan penyokong kelab bola mereka. Baik dari The Jak, Viking, Bobotoh, Bonek, Aremania dan banyak lagi. Sokongan tidak berbelah bahagi dari penyokong Indo secara tidak langsung menambah mutu permainan skuad kebangsaan Indonesia! Kita berjaya ke separuh akhir dengan brjaya mengikat Gergasi Asia Tenggara, Thailand 0-0 sebelum membelasah Laos, dengan jaringan yang besar iaitu 5-1.


Rabu, 15 December, 8.00pm bakal bertembung dengan pasukan no1 Asia Tenggara dan juga juara bertahan, Vietnam. Sebelum Vietnam ke separuh akhir, kejayaan mereka juga diiringi oleh puluhan ribu Tentera merah! Apakah Malaysia mampu berbuat demikian? Di Malaysia lebih banyak pengkritik, pengutuk, kaki borak dari penyokong. Masing-masing hanya tahu bercakap tetapi tidak pernah mahu menunjukkan sokongan takala setiap kali Malaysia beraksi, kebanyakkan mereka lebih suka menonton dari Kota gambar dari hadir menunjukkan sokongan di stadium. Kemudian bial keputusan yang tidak seperti yang diharapkan, golongan ini akan menghadiahkan berbakul-bakul kata-kata keji dan nista terhadap skuad kebangsaan walhal tidak sekalipun mengerahkan tenaga untuk menyorak di stadium.
Jikalau perlawanan Liga Super  menembungkan pasukan handalan seperti Selangor, Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu boleh menghadirkan puluhan ribu penyokong, malah tiket perlawanan akhir sentiasa “SOLD OUT” mengapakah tidak pada pasukan kebangsaan? Adakah rakyat Malaysia ini sentiment “KENEGERIAN” melebihi sentiment “KENEGARAAN”?

Jikalau Vietnam, sebuah negara Komunis dengan keadaaan ekonomi yang teruk, jauh lebih daif dari Malaysia, mereka masih mampu menghantar ribuan “TENTERA MERAH” serami seribu orang ke Bukit Jalil, itu belum ditambah dengan populasi sedia ada di Malaysia


Ayuh Warga Malaysia! Kita gegar Bukit Jalil, tunjukkan taat dan setia tidak berbelah bagi untuk negara tercinta. Kita tunjukan kita juga punya tentera, Tentera Hitam Kuning untuk menjadi benteng di Bukit Jalil!


JADUAL PERLAWANAN :

Hari Ini (15/12/2010)

MALAYSIA lwn VIETNAM
(Std. Nasional Bukit Jalil, 8.00 mlm)

1 comment:

  1. tapi malam ni MAS pakai 2nd jersey,warna biru tu..ada tuah bilang rajagopal,huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...