SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

28 February 2012

KELANTAN PECAT PETER BUTLER


Kemelut yang melanda kem Kelantan berikutan kontrovesi yang dicetuskan oleh Peter Butler akhirnya menemui noktah apabila jurulatih dari England itu ditamatkan kontrak sebagai ketua jurulatih skuad The Red Warriors hari ini.

Setelah pelbagai spekulasi tentang kedudukan Peter Butler di Kelantan, akhirnya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya dengan serta merta.

Peter Butler yang direhatkan oleh KAFA bermula minggu lepas berada di Kelantan hari ini untuk memberi penjelasan tentang masalahnya dengan pihak pengurusan pasukan. Dalam mesyuarat itu, Peter Butler dan pihak KAFA telah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontraknya sebagai jurulatih.

Seperti yang tertera di kontrak, Peter Butler akan menerima pampasannya yang telah dipersetujui pihak KAFA pada awal kehadiran beliau.

Bojan Hodak hangat diperkatakan akan mengambil alih tempat Peter Butler sebagai ketua jurulatih.

Oleh : ESPNStar.my
Kredit to : Sokernet.com

HARDI, FIRDAUS DIDENDA, GANTUNG 5 PERLAWANAN


Dua pemain Felda United, Hardi Jaafar dan Mohd Firdaus Fauzi terselamat daripada hukuman gantung satu musim selepas kedua-dua pemain yang terlibat dalam insiden pergaduhan dengan penyokong Negeri Sembilan di Stadium paroi dikenakan penggantungan lima perlawanan dan denda RM5,000 seorang.

Ia gara-gara Hardi dan Firdaus hanya didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Taufik Razak kerana memanjat pagar dan menyerang penonton, namun terlepas bagi satu lagi pertuduhan iaitu mempunyai niat bergaduh dengan penonton.

Menurut Penolong Pengurus Felda United, Faisal Zakariah, dia benar-benar rasa lega dengan keputusan yang diberikan kerana ia satu hukuman paling ringan dijatuhkan kepada kedua-dua pemainnya. "Hardi dan Firdaus hanya didapati bersalah bagi pertuduhan pertama kerana memanjat pagar dan menyerang penonton tetapi terlepas pertuduhan kedua iaitu menyerang penonton untuk tujuan bergaduh.

Sementara itu Hardi menerima keputusan itu dengan redha sambil bersyukur kerana hanya digantung lima perlawanan namun melahirkan rasa kecewa dengan pa yang terjadi. "Saya hairan dengan sikap penonton, pasukan mereka telah menang, jadi mengapa mereka tidak berpuas hati lagi, sebelum ini saya tidak terlibat dalam pergaduhan sebegini" katanya.

Info : malaysialeague.esq2u.com

26 February 2012

Kebangkitan Harimau Malaya: (Temubual) Ketahui kisah Khairul Azman ,bekas penj...

Kebangkitan Harimau Malaya: (Temubual) Ketahui kisah Khairul Azman ,bekas penj...: Khairul Azman. Siapa tidak kenal dengan gerangan nama ini ketika era 90-an. Antara kelibat yang selalu mengecewakan lawan dalam usaha mengha...

Malaysia 1-0 Sabah | Persahabatan Feb 2012

SABAH BERI TENTANGAN..!!!


Walaupun kalah 0-1 kepada skuad kebangsaan, pemain Sabah wajar diberikan pujian diatas kejayaan mereka memberi saingan kuat kepada anak buah K.Rajagopal. Malah kalau tidak gol Amar Rohidan yang dikatakan terkena benteng pertahanan Sabah sebelum melantun ke jaring gol, keputusan mungkin seri.

Sejak wisel dimulakan di separuh masa pertama, Sabah tampak garang menyerang kubu pertahanan skuad negara. Malah empat percubaan terbaik Sabah diseparuh masa pertama juga gagal disudahkan oleh para pemain. Pada babak kedua, 25,000 penyokong Sabah hampa apabila jaringan dilakukan oleh Rozaimi Abd. Rahman dibatalkan pengadil kerana terkena tangan selepas menerima hantaran lintang dari Michael Baird pada minit ke 60. Brendan Gan merupakan pemain terbaik perlawanan semalam dan beliau berjaya menghidupkan bahagian tengah Sabah yang mengelirukan barisan pertanan kental skuad negara namun nasib tidak menyebelahi Sabah sehinggalah jaringan "nasib" Amar Rohidan pada minit ke 79'.

Aksi penyerang sensasi negara yang ditunggu tunggu, Safee Sali dan Penjaga Gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat hanya diturunkan oleh K.Rajagopal diminit minit akhir perlawanan. Keputusan muktamad, Malaysia menang 1-0.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...