SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

16 February 2012

PIALA PRESIDEN : SABAH MAHU REBAHKAN SANG KENARI DI LIKAS


Setelah mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan terdahulu, Sabahawks Junior memasang impian untuk terus mengekalkan reputasi itu apabila melayan kunjungan Kedah di Stadium Likas petang ini dalam aksi Liga Piala Presiden 2012.

Menjadikan Johor sebagai mangsa pertama mereka di Likas dengan kemenangan 2-1, Sabah terus memberi amaran kepada pasukan lain apabila mudah meratah pasukan Melaka di tempat lawan dengan kemenangan 4-1 memihak kepada skuad Sabah walaupun Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) berjaya mencuri 1 mata dalam pertembungan terakhir minggu lepas yang berkesudahan Sabah terikat dengan SSBJ 1-1.

Jika dilihat kepada rekod musim lepas dalam Liga Piala Presiden, ternyata Kedah bukan tandingan Sabah apabila pasukan kenari itu sukar untuk mencipta kemenangan dengan barisan muda Sabah. Pada pertemuan pusingan pertama pada 24 Mac 2011, Kedah tumbang 1-3 dilaman sendiri, pada pertembungan pusingan kedua di Stadium Penampang, Sabah sekali lagi menundukkan Kedah 3-0. Ternyata rekod musim lepas memihak kepada pasukan Sabah.

Petang ini, Sabah sekali lagi menaruh harapan kepada pemain Liga Super mereka iaitu Mohd Rozaimi Abd. Rahman dan Leopold Alphonso untuk merobek gawang Kedah sambil dibantu oleh Zulmansyah Aling dan Sabri Sahar. Kemenangan akan terus memperkukuhkan kedudukan Sabah sebagai pendahulu kumpulan.

Barisan Kemungkinan SABAH: 
Andre Tipay, Didie Arizal, Dendy Lowa, Razid Gafar,Azuan Azmah, Maxsius Musa, Aldrine Agus, Sabri Sahar, Rozaimi Abd. Rahaman, Zulmansyah Aling dan Leopold Alphonso.

1 comment:

  1. sabahawks junior 2012 meneruskan kegemilangan skuad 2011

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...