SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

11 February 2012

RED WARRIORS NYARIS TEWAS DI LIKAS

KOTA BHARU – Satu mata yang diraih di Stadium Likas, Kota Kinabalu menceritakan keperitan dialami oleh The Red Warriors dalam pertemuan sengit menentang Sabah dalam aksi perlawanan keenam Liga Super malam semalam.
Malah keputusan seri tanpa jaringan tersebut menyaksikan Perak merampas gelaran  selaku peneraju baru takhta, memintas Kelantan dengan kelebihan satu mata setelah mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sarawak di Ipoh.
Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim ketika dihubungi menyifatkan skuad kendalian Peter Butler itu sebenarnya bernasib baik dapat mencuri satu mata setelah diberi saingan hebat oleh Sabah sepanjang perlawanan tersebut.
“Kita kena akui Sabah beraksi lebih baik daripada Kelantan dalam perlawanan ini. Mereka jelas menguasai perlawanan dan beraksi lebih agresif malah saya boleh katakan kita bernasib baik tidak tewas dalam perlawanan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Kalau tidak kerana percubaan Leopold Alfonso Otong pada minit-minit akhir perlawanan terkena tiang gol, sudah pasti kita terpaksa berputih mata menerima kekalahan pertama dalam saingan liga musim ini.
“Apa yang saya jangkakan sebelum ini menjadi kenyataan. Memang sukar beraksi di Kota Kinabalu dan Sabah bermain lebih daripada 100 peratus untuk mengalahkan kita. Saya fikir mana-mana pasukan lain pun menghadapi situasi yang sama apabila bertemu mereka di sana,” katanya.
Malah Azman turut memuji kelibat pemain import Sabah, Micheal Baird yang menjadi duri dalam daging apabila beliau sering mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Kelantan dalam perlawanan tersebut.
“Dia banyak memberi masalah kepada benteng pertahanan kita. Malah dia begitu rajin turun mendapatkan bola daripada rakan sepasukannya dan saya lihat kehebatan pemain import dari Australia cukup terserlah dalam perlawanan ini,” katanya.
Mengulas mengenai percaturan Butler mengeluarkan kedua-dua pemain import, Mohammed Ghaddar dan Obinna Nwaneri dalam perlawanan tersebut, Azman tindakan tersebut merupakan satu keputusan yang tepat setelah mereka dilihat gagal memberikan sumbangan berkesan kepada pasukan.
“Nwaneri terpaksa dikeluarkan pada m-72 perlawanan setelah tidak cukup cergas dalam perlawanan ini. Saya tidak salahkan beliau kerana dia sudah lama tidak beraksi dan baru beberapa kali menjalani latihan bersama kita.
“Sementara Ghaddar pula masih mempunyai penyakit lama, masih tercari-cari rentak dan tidak begitu efektif dalam perlawanan ini. Kita terpaksa mengeluarkan dia pada awal babak kedua dan digantikan dengan Muhammad Ramzul Zahini (Adenan),” katanya.
Dipetik Dari : Kelate.Net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...