SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

18 December 2010

MISI HIDUP MATI MALAYSIA.....!!!





VS





Skuad negara akan menentang Vietnam dalam pertarungan Separuh Akhir Kedua malam ini untuk mempertahankan bekalan 2 gol bagi melayakkan diri ke Perlawanan Akhir.  Walaupun dijangka mendapat tentangan hebat dan serangan bertali arus dari rangkaian pemain Vietnam, Malaysia tidak harus gentar sebaliknya mereka perlu tenang dan bermain seperti biasa. Kehadiran penyokokng Vietnam yang akan memenuhi stadium malam ini seharusnya bukan menjadi penghalang Malaysia untuk mencari gol. Misi utama adalah mencari gol awal. 



Untuk melakar kemenangan di Stadium Nasional MyDinh malam ini mungkin sesuatu yang agak sukar tetapi paling penting, skuad bimbingan ketua jurulatih K Rajagobal itu perlu mempertahankan kelebihan dua gol yang diraih hasil kejayaan 2-0 di Bukit Jalil, Rabu lalu. Bekalan dua gol hasil kemenangan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil boleh dianggap cukup tetapi Vietnam yang juga juara bertahan kejohanan, bukanlah pasukan yang boleh dipandang mudah tambahan pula mereka akan kembali mendapat khidmat pemain tengah, Nguyen Trong Hoang yang sebelum ini menjalani hukuman penggantungan. Dua pemain yang tidak diturunkan ketika separuh akhir pertama di Bukit Jalil lalu akibat kecederaan, Doan Viet Cuong dan Phan Van Tai Em juga sudah boleh bermain dan ketua pengendali, Henrique Calisto boleh mengharapkan sesuatu yang positif daripada kehadiran ketiga-tiga pemain tonggaknya itu.

Walauapapun, skuad muda negara sudah pasti bersedia untuk menyerap tekanan itu kerana mereka sudah biasa merasainya ketika menentang Indonesia di Stadium gelora Bung Karno. Misi sukar tetapi tidak mustahil untuk kita meraih kemenangan, seri sudah memadai. 

Kepada skuad Malaysia di Hanoi, kami seluruh warga Malaysia mendoakan kejayaan kepada pihak negara kita. Ingatlah, perjuangan murni dan ikhlas akan mendapat ganjaran yang baik dan kejayaan yang gemilang...
Semoga Berjaya...!!!


JADUAL MALAM INI :

VIETNAM vs MALAYSIA
(Std. Nasional MyDinh, 7.55 mlm)
LIVE : RTM1 8.30mlm
ASTRO 7.30pm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...