SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

26 December 2010

MALAYSIA MESTI MENANG...!!


Kini telah tiba masanya saat yg ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat Malaysia mahupun Indonesia apabila malam ini pertembungan Final pertama Piala Suzuki AFF 2010. Malaysia yg tewas dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan kpd Indonesia 1-5 bangkit dalam perlawanan seterusnya dan layak ke Final setelah menumbangkan Juara bertahan Vietnam 2-0 di Separuh Akhir. 

Malam ini, tepat jam 8 malam waktu Malaysia pastinya tumpuan terarah di Bukit Jalil yg membabitkan pertembunagn klasik dan penuh mendebarkan Malaysia lawan Indonesia. Tiada carai lain lagi, Malaysia mesti menang dalam perlawanan pertama ini dgn jaringan yg selesa untuk bekalan ke Jakarta pada 29 Disember ini. Peluang Malaysia untuk menang memang ada dan ini diakui sndiri oleh Jurulatih Indonesia Alfred Riedl yg beranggapan Malaysia mempunyai kekuatan bila bermain di tempat sendiri. Belia juga mengakui kemenangan 5-1 pasukannya ke atas Malaysia bukanlah mainan sebenar Malaysia dan itu perlu difahami oleh semua pemain Indonesia. 

Adunan pemain muda yang berusia seawal 19 tahun dan pemain senior seperti Mohd Amri Yahyah yang mencecah usia 29 tahun akhirnya sebati apabila berjaya mara ke pentas akhir dengan menyingkirkan juara bertahan, Vietnam. Kelebihan diatas kertas memang memihak kepada Indonesia kerana mempunyai barisan pemain berpengalaman dan beberapa pemain asing yang diberikan taraf kewarganegaraan serta penyokong fanatik skuad bimbingan Alfred Riedl itu. Malah jentera serangan mereka sudah meledak 15 gol dan hanya melepaskan dua berbanding Malaysia yang menjaringkan lapan gol serta melepaskan enam.




Malam ini, pastinya pemaian Malaysia sudah bersiap sedia untuk menggempur pertahanan Indonesia untuk mendapatkan gol yg selesa. Taktik bertahan mungkin akan digunakan di Indonesia andai pasukan Malaysia menang malam ini. Justeru itu, Malaysia perlu ambil kesempatan bermain ditempat sendiri. Sementara itu, Jurulatih Indonesia mungkin akan menggunakan sistem bertahan malam ini andai pasukan negara dilihat terlalu kuat. Alfred Riedl memberitahu pada sidang media semalam bahawa pasukannya perlu berhati hati dan jika Malaysia kelihatan terlalu kuat, kemungkinan mereka akan bertahan, itulah strategi kami, dan kami akan menyerang balsa bila ada peluang untuk menyerang.

Malaysia dijangka akan menrunkan kesebelasan terbaiknya malam ini dan dikhabarkan Khyril Muhaymen tidak dapat diturunkan akibat kecederaan pada lututnya sementara Amirul hadi Zainal ttp akan diturunkan malam ini.


Barisan Kemungkinan :
Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar, S. Kunalan, Shafiq Rahim, Amar Rohidan, Amirulhadi Zainal, Mohd Safee Sali dan Nor Shahrul idlan Talaha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...