SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

28 December 2010

VIVA MALAYSIA...!!!


Kemenangan 3-0 Malaysia ke atas Indonesia malam kelmarin sehingga hari ini menjadi bahan perbualan hangat di kedua-dua negara. Skuad negara menunjukkan permainan yg menakjubkan terutamnya di seprauh masa kedua apabila mendapatkan gol menerusi Safee Sali (2 gol ) dan Mohd Ashaari Shamsuddin (1 gol). Malah akhbar di Indonesia yang keterlaluan menuduh Malaysia menggunakan dukun atau bomoh diatas kemenangan selesa itu, ternyata mereka tidak dapat menerima hakikat kekalahan skuad mereka.



Lupakan cerita semalam, tumpuan kali ini terarah untuk Final ke 2 malam esok yang menjadi penentu mutlak skuad negara meraih kejuaraan sulung dalam Piala Suzuki ini. Apa yang pasti, untuk malam esok, skuad negara tidak dapat menurunkan dua tonggak utama iaitu Amirulhadi Zainal dan Mahali Jasuli kerana telah mengumpul 2 kad kuning untuk digantung satu perlawanan. Namun keadaan itu tidak merisaukan K. Rajagopal yang mempunyai skuad simpanan yang mampu memeberi saingan. Sebagai contoh penjaring gol ke dua negara Mohd. Ashaari Shamsuddin bakal mengisi kekosongan Amirulhadi dan Sabree Mat Abu yang akan menggantikan Mahali Jasuli.

Tentunya penentuan malam esok akan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia dimana kita ada bekalan selesa 3-0. Namun dalam bolasepak semuanya tidak mustahil, justeru itu, skuad negara dan masyarakat negara ini jangan terlalu yakin dan teruskan berdoa agar skuad negara mencapai kejuaraan pertama kali ini.

"TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...