SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

01 January 2012

LIGA MALAYSIA 2012 LEBIH HANGAT DARI BIASA....!!!

BUKAN saja semangat, mental juga harus kuat untuk pemain muda Singapura bertarung dalam Liga Malaysia (LM). Tinggal seminggu lagi musim baru LM akan memulakan sepak mula pada 9 Januari ini, bekas pemain tengah juga penyerang Singapura, Salim Moin, 50, mengingatkan pemain muda Singapore Lions suasana dan kehangatan Liga M jauh berbeza dengan Liga Singapura (LS) yang mereka harungi selama ini.
Selama sembilan tahun mengharungi kancah Piala Malaysia (PM) dari 1981 hingga 1989, Salim percaya setiap negeri yang bertanding dalam Liga M mempunyai semangat lain setiap kali bertemu dengan pasukan republik itu, dan inilah cabaran getir perlu dihadapi setiap pemain Singapore Lions.



“Kehadiran Singapore Lions dalam Liga M baik untuk masa depan bola sepak Malaysia dan Singapura. Saya sendiri seperti tidak sabar menanti kemunculan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari atau Fandi Ahmad kedua dalam Liga M nanti. Cuma pemain muda Singapore Lions harus sedar Liga S dan Liga M ada jurang perbezaan, tetapi inilah kesempatan terbaik untuk mereka tingkatkan lagi kemahiran bola sepak kedua-dua negara,” katanya.

Salim kini jurulatih Woodlands FC, turut berbangga dua pemain ‘anak didiknya’ terpilih menyertai Singapore Lions. Keduanya-dua, Al-Hafiz selaku penjaga gol ketiga dari Woodlands FC dan pemain pertahanan, Madhu Mohana dari Gombak FC. Sebelum ini Salim melatih kelab Balestier Khalsa selama 8 tahun. Bagi Salim, kedua-dua ‘anak didiknya’ itu sudah diceritakan pahit getir pernah ditempuhi ketika mengharungi Piala Malaysia dulu.



Bagi Salim, masih tidak lekang di ingatan bagaimana dia dan pemain Singapura lain dikepung penyokong Sarawak di tengah padang era 80-an dulu.




“Semuanya gara-gara penyokong tuan rumah tidak berpuas hati dengan pemain no 5 negara kami. “Untuk menyelamatkan keadaan, kami semua membuka jersi duduk dalam satu bulatan bagi mengelirukan penyokong tuan rumah, sebelum pasukan keselamatan meleraikan keadaan,” katanya.

Bermain dengan pasukan Perlis juga pengalaman berharga buat Salim yang diibaratkan berpeluh sebelum bertarung.



“Bilik persalinan kami di stadium itu cuma beratap zink. Dua negeri dalam kempen Piala Malaysia dulu, jadual perlawanannya pada sebelah petang iaitu Perlis dan Melaka. “Bayangkan perlawanan belum bermula, tetapi semua pemain sudah basah lencun. Pemain sekarang beruntung,” katanya.



Salim yang berkunjung ke ibu kota menemui ibu saudaranya, membayangkan tidak mustahil suatu hari nanti akan melatih pasukan di negeri ini.



“Ketika zaman kemuncak dulu, saya dapat tawaran mewakili Selangor sewaktu pengurusnya Mazlan Datuk Harun, tetapi komitmen keluarga di Singapura membataskan segala-galanya. Liga Malaysia memang saya ikuti hinggakan final sewaktu Kelantan menentang Negeri Sembilan, saya bawa isteri dan anak-anak ke Bukit Jalil untuk merasai sendiri kehangatan Piala Malaysia,” katanya.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...