SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

16 January 2012

KITA MENANG

Wira Sabah, Baird sedang diapit oleh 3 pemain Sarawak

Pertemuan "Derby Borneo" akhirnya dimenangi pasukan Sabah apabila menjinakkan Sarawak 2-1 hasil jaringan Michael Baird dan Bobby Gonzalez di Stadium Likas pada malam Sabtu lepas. Sabah yang mendapat sokongan padu kira-kira 10,000 penyokong bertindak garang sebaik wisel permainan dimulakan. Serangan bertali arus Sabah dan percubaan demi percubaan oleh pemain-pemain Sabah banyak diselamatkan oleh Penjaga Gol Sarawak, Saiful Amar Sudar. Sehinggalah pemain import dari Australia, Michael Baird membuka tirai jaringan Sabah pada minit ke 20. Gol tersebut berpunca dari percubaan Bobby Gonzalez yang gagal diselamatkan dengan kemas oleh Saiful dan bola muntah terus ke kaki Baird dan beliau hanya menolak sahaja bola tersebut untuk Sabah didepan dengan jaringan 1-0. Brendan Gan juga mempunyai peluang menjaringkan gol tetapi percubaan Brendan banyak diselamatkan oleh Saiful. 

Pada minit ke 45, Baird sekali lagi menjadi duri dalam daging pasukan Sabah apabila larian solo beliau ke dalam kotak penalti Sarawak gagal dikawal oleh pertahanan Sarawak dan melambungkan bola tersebut kepada Bobby dan disudahkan melalui tandukan cantik untuk Sabah mendahului selesa 2-0 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, persembahan kedua-kedua pasukan tampak seimbang. Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh kedua-dua pasukan gagal membuahkan hasil. Jurulatih Sarawak membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan K.Ravindran untuk menggantikan Zamri Morshidi bagi menguatkan jentera serangan mereka. Manakala Sabah juga turut membuat pertukaran dengan memasukkan pemain baru Juefry Omopor untuk menggantikan Mohd Rozaimi Abd. Rahman. Kemasukan Juefry ternyata mendapat sambutan penyokong Sabah, pemain bertubuh kecil itu mendapat jolokan "Messi" Sabah berjaya mengucar kacirkan pertahanan Sarawak yang diketuai oleh Guy Bwele, malah percubaan beliau juga gagal diselamatkan oleh Saiful tetapi percubaan tersebut sikit melewati palang gol Sarawak. Diminit-minit akhir perlawanan, pertahanan Sabah tampak leka dan Sarawak memanfaatkan peluang tersebut apabila K.Ravindran mudah menolak masuk hantaran silang dari Mohd Rashid Aya pada minit ke 80 untuk menjadikan kedudukan 2-1. 

Sehingga akhir permainan, kedudukan kekal 2-1 dan Sabah akhirnya memungut tiga mata penuh untuk menduduki tangga ke 10 dalam carta Liga Super. Perlawanan Sabah seterusnya berkunjung ke Terengganu untuk bertemu pasukan T-Team yang sudahpun menang dalam kedua-dua perlawanan. 

KEPUTUSAN LAIN-LAIN PERLAWANAN LIGA SUPER :

Terengganu 3-0 Felda United
Kedah 0-0 Lions XII
Selangor 1-0 Perak
Johor FC 0-2 N. Sembilan
K. Lumpur 0-3 T-Team
Kelantan 1-1 PKNS Selangor

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...