SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

15 January 2011

MAJLIS PERASMIAN KELAB PENYOKONG SABAH DAN PELANCARAN JERSI BARU SABAH BERJAYA



Majlis Perasmian Kelab Penyokong Bola Sepak Sabah dan Pelancaran Jersi terbaru Skuad Liga Super Sabah telah selesai dijalankan dengan jayanya kelmarin bertempat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu. Gimik perasmian dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA)

"Sebagai tanda sokongan kepada pasukan Sabah, petang tadi saya meraikan para pemain dalam satu jamuan 'high-tea' sambil memberi perangsang dan kata-kata semangat agar mereka dapat mempamerkan permainan yang berkualiti tinggi sepanjang pertandingan MSL musim ini sekaligus mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri. Saya juga melancarkan Kelab Penyokong SabahHawks dan laman web SabahHawks sebagai salah satu usaha untuk menarik kembali sokongan rakyat Sabah kepada pasukan ini. Ayuh...sama-samalah kita memberikan sokongan padu kepada pasukan kita dan seterusnya menjadikan Sabah sebagai antara pencabar utama dalam persaingan merebut kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini. Sabah Boleh!" Demikian menurut YAB Datuk Musa Hj. Aman yang dipetik menerusi Laman Facebooknya semalam.


Dengan ucapan berapi dari Presiden SAFA ini sendiri diharap dapat meningkatkan momentum persembahan Sabah sambil berharap penyokong akan tampil lebih garang di Stadium Likas sebagai tanda menyokong pasukan dan sentiasa berada dibelakang kesebelasan pemain Sabah.




Majlis Pelancaran itu turut dihadiri oleh beberapa pemimpin negeri dan KBS sendiri selain Pengerusi Kelab penyokong Bola Sepak Sabah, Tuan Mohd Joh Hj. Wid. Majlis juga turut disertai oleh para pemain Sabah dan radio online Utara FM dan Cahaya FM.

Selain Kelab Rasmi Penyokong Sabahawks, Jersi Sabah juga turut dilancarkan kelmarin. Seperti dijangka, warna merah akan meneruskan tradisi Jersi "Home" Sabah, namun demikian ada sedikit kelainan menerusi jalur sisi yang berwana kuning seakan akan menyerupai Jersi pasukan lawan iaitu Selangor. Pihak "admin" Blog Fan Sabahawks mendapatkan penerangan dari Pengerusi Kelab Penyokong Sabahawks Tuan Mohd Joh Hj Wid mengenai Jersi tersebut, ini penerangannya, "Persamaan jersi biasa berlaku dalam mana-mana pertandingan Liga Bolasepak. Sebenarnya setiap pasukan diminta mendaftarkan 3 jersi, dan Sabah ada Merah/Putih/Kuning, Biru/Putih dan Putih/Biru. Biasanya Home Sabah gunakan warna Merah, dan jika bertemu Selangor, Sabah akan gunakan biru/putih atau Putih/Biru".



Isu jersi ini amatlah remeh untuk kita persoalkan, apa yang penting persembahan Sabah dalam kempen Liga Malaysia dapat menambat hati para penyokong negeri ini. 

Dengan adanya Kelab penyokong ini, kita berharap pasukan Sabah akan kembali memberi saingan utama dalam Liga Malaysia sekaligus mengembalikan zaman kegemilangan Sabah pada era tahun 90 an.  Kali terakhir Sabah menjulang Liga Super (Liga Perdana) adalah pada tahun 1996. Para penyokong negeri ini juga diharap dapat memberikan sokongan padu kepada skuad Sabah dengan menghadirkan diri ke Stadium Likas setiap kali Sabah beraksi sebagai tuan rumah, ini kerana permainan Sabah akan bertambah yakin jika penyokong datang beramai ramai ke Stadium.

Sabah akan memulakan aksi Liga Super menentang Terengganu pada 29hb Januari ini di Kuala Terengganu. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...