Sarawak menebus kekalahan 1-2 ditangan Sabah sdi Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sabtu lalu dgn kemenangan 2-0 pada pertemuan kedua di Likas pada Isnin. Sarawak mendahului 1-0 pada separu masa pertama hasil jaringan wong Sai Kong pada awal babak permainan dan Khairul Azahar Edrus mengesahkan kemenangan 2-0 pada minit-minit terakhir masa kedua. Sabah ada mencipta beberapa peluang ttp gagal memecahkan kebuntuan samaada percubaan tdk menepati sasaran atau dinafikan oleh Penjaga Gol lawan.
Apapun, tdk banyak yg boleh diperkatakan mengenai prestasi apabila pergerakan pemain dan bola diganggu oleh keadaan padang becak dan licin ekoran hujan lebat. Bagaimanapun, ia sekurang-kurangnya memberi sedikit panduan kpd Pengurus pasukan merangkap Ketua Jurulatih Sabah, Gary Phillips memantapkan pasukan.
Pada perlawanan itu, Sabah menurunkan pemain2 yg tidak beraksi Sabtu lalu sebagai kesebelasan utama dan hanya melakukan empat pertukaran. Sarawak pula menurunkan dua pasukan apabila melakukan 11 pertukaran pemain sepanjang permainan. Sabah akan meneruskan perlawanan pra-musimnya dgn berkunjung ke Singapura untuk mengadakan lima perlawanan pemanas badan. Saingan Liga Super dijadualkan bermula pada 15 Januari ini.
SABAH : Mohd Salawi Jasad, Mafri Balang, Hariri mohd Safii, Reithauddin Embran, Sumardi Hajalan (Leopord Alphinso), Zuraindey Jumai, Farid Ideris (Alto Linus), Gasili Pengalot, Sharul Azhar Ture, Zainizam Marjan (Stanley Bernard), Radzi Hussin (Sabri Sahar)
SARAWAK : Abd. Ghani Anuar (Mohd Shamsul Fahmi), Mohd Fareez (Hamidin manap), Zamrin Morshidi (Mazwandi Zakeria), Azizan Saperi (Shahran Abd. Samad), Mohd Hairol Mokhtar (Abg Mohd Za'fari), Bobby Gonzales (Khairul Azahar Edros), Mohd Sharizan Sahari (Haifal Marzuki), Wong Sai Kong (Mohd. Syaiful Sabtu), Hairu Ghadafi Mokhtar (Abd. Rayjal Abd. Jalil) Ashari Chuchu (Mohd Dzulazlan Ibrahim)
No comments:
Post a Comment