Sabah meneruskan rekod kemenangan dalam 3 perlawanan di Singapura. Sebentar tadi Sabah menewaskan pasukan Team BI 2-0. Sebelum ini Sabahawks menang keatas Singapore Club Cricket 2-0 dan Seng Kang Punggol FC 3-0 semalam.
Gol Sabah dijaringkan oleh Zainizam Marjan dan penyerang baru Mohd Safuan Ibrahim.
Esok Sabah akan meneruskan perlawanan seterusnya menentang Singapore Armed Forces FC (SAFFC). Sebagai panduan kita bersama, SAFFC ini merupakan pasukan terkuat yang akan ditentang Sabah dalam siri perlawanan persahabatan pra musim di Singapura ini. Untuk tahun 2010, SAFFC ini berjaya menduduki tangga ke 4 dalam carta Liga S. Sebagai rekod, SAFFC pernah menjuarai Liga S sebanyak 8 kali dan 4 kali menjuarai Singapore Cup. Pasukan ini juga merupakan wakil Singapore ke kejohanan AFC Champions League pada tahun 2009 dan 2010.
Pastinya ujian sebenar pasukan Sabah datangnya dari SAFFC ini. Pemain yang perlu diberi perhatian termasuklah Indra Sahdan, Federico Martinez, Park Tae Won, dan Taisuke Akiyoshi.
Pasukan SAFFC 2010
No comments:
Post a Comment