SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

21 December 2010

SABAH TEWAS


Setelah menunjukkan aksi mantap dalam 3 perlawanan sebelum ini, akhirnya Sabah kecundang di tangan Singapore Armed Forces FC (SAFFC) dalam perlawanan persahabatan terakhir di Std. Balan Besar semalam. Namun keputusan itu bukan lah sesuatu yang harus kita pandang negatif kerana kita sedar pasukan SAFFC merupakan pasukan terkuat dalam Liga S. SAFFC diperkuatkan beberapa pemain import sedangkan Sabah hanya menurunkan pemain2 tempatan.

Malah Sabah mendahului 2-0 hasil jaringan pemain muda Leopord Alphonso otong dan Razlan Oto. Mungkin keletihan akibat perlawanan yang berterusan dalam 3 hari berturut-turut menyebabkan Sabah tidak dapat mengekalkan rentak permainan dan dibolosi buat pertama kali menerusi jaringan pemain SAFFC, Rhysh Roshan Rai. Akibat jaringan pertama itu, pasukan SAFFC menggandakan asakan ke kubu Sabah menyebabkan benteng Sabah yang diketuai oleh Reithauddin Embran bocor sekali lagi, kali ini menerusi pemain import baru mereka Luca Savic untuk kedudukan 2-2.

SAFFC terus mengasak Sabah dan akhirnya pemain tengah mereka Erwan Gunawan menjaringkan gol kemenangan 3-2 keatas Sabah.

Sebelum ini, Sabah menang 3 perlawanan mengatasi Singapore Kriket Club 2-0, Sengkang Punggol FC 3-0 dan Team BI 2-0. Sabah akan kembali ke tanah air hari ini. Apapun, persembahan mereka di Singapore bolehlah dianggap cemerlang dan semoga dengan persiapan rapi ini, Sabah akan dapat memberikan saingan dalam kejuaraan Liga Super yang akan bermula 15 Januari 2010. 

KEPUTUSAN PENUH SABAH DI SINGAPORE 

SCC        0 - 2 Sabah
SKP FC   0 - 3 Sabah
Team BI 0 - 2 Sabah
SAFFC    3 - 2 Sabah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...