Persatuan Bola Sepak Sabah atau Sabah FA adalah sebuah kelab bola sepak profesional yang mewakali negeri Sabah dalam kejohanan bola sepak di Malaysia. Stadium utama pasukan ini ialah Stadium Likas yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
Sabah merupakan pasukan yang paling berjaya di Malaysia Timur. Pencapaian Sabah dalam Liga mahupun Piala Malaysia belum dapat ditandingi jirannya Sarawak FA. Beberapa pemain kebangsaan Malaysia telah dilahirkan dari pasukan ini seperti Matlan Marjan dan penyerang kembar Malaysia era 80-an Hassan Sani dan James Wong.
Sabah merupakan salah satu pasukan yang begitu dikenali di Malaysia. Zaman kegemilangan Sabah bermula pada penghujung tahun 1970-an. Pada masa inilah beberapa pemain berkualiti dilahirkan. Pemain seperti Hassan Sani dan James Wong merupakan tonggak yang membantu Sabah menjadi naib juara liga dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 1979 dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol.[1] Tidak cukup dengan itu, status Sabah semakin melonjak apabila gergasi Inggeris Manchester United berkunjung ke bumi Sabah pada tahun 80-an untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan. Perlawanan tersebut menyaksikan Manchester United menewaskan pilihan Sabah dengan jaringan 0-2.[2]
Apabila liga separuh profesional diperkenalkan pada awal 1989. Sabah menjadi antara pasukan yang sering mencabar pasukan elit seperti Selangor dalam kancah bola sepak Malaysia. Pemain seperti Matlan Marjan yang ketua pasukan kebangsaan pada masa itu, membantu Sabah memenagi pertandingan profesional pertama mereka iaitu Piala FA Malaysia pada tahun 1995 setelah menewaskanPahang 3-1. Meskipun skandal rasuah bola sepak berlaku pada 1994 dan 1995 yang melibatkan beberapa tonggak Sabah seperti penyerang berbisa kebangsaan Matlan Marjan, bola sepak Sabah kekal pada prestasinya. Sabah berjaya memenangi Piala FA Malaysia pada 1995 dan Liga Perdana (kini Liga Super Malaysia) pada 1996. Sabah juga muncul selaku naib juara Piala Malaysia 1996.
Sabah Juara Piala FA 1995
Sabah Juara Liga Perdana 1996
Pada era 2000, prestasi Sabah mula merosot. Mereka sekadar menduduki tangga ke 11 liga dan tersingkir ke Liga Perdana 2. Sabah cuba bangkit pada musim berikutnnya dan berjaya menjadi naib juara liga. Sabah kembali ke pentas utama bola sepak Malaysia dan mereka berjaya menduduki tempat ketiga liga. Sabah juga muncul selaku naib juara Piala Malaysia2002 buat kali kedua.
Musim berikutnya, Sabah berjaya menduduki tempat keempat liga dan mereka sekali lagi kecewa apabila tewas buat kali ketiga di perlawanan akhir Piala Malaysia.
Apabila Liga Super Malaysia 2004 diperkenalkan, prestasi Sabah mula dilihat menurun. Sabah terpaksa berhempas pulas menyelamatkan diri dari penyingkiran ke Liga Perdana pada musim pertama Liga Super. Pada musim berikutnnya Sabah terpaksa akur apabila tersingkir ke Liga Perdana meskipun mempunyai penyerang berbisa Julio Rodriguez yang menjaringkan 18 gol.
Selepas tersingkir ke Liga Perdana, Sabah gagal untuk kembali ke Liga Super meskipun memasuki pusingan kalah mati untuk ke Liga Super. Meskipun bermula baik pada awal musim 2007/08, Sabah hanya sekadar menduduki tangga keempat.
Ketibaan jurulatih baru Gary Phillips memulakan kebangkitan prestasi Sabah FA. Dalam masa 7 bulan sahaja khidmat beliau yang bermula pada Disember 2009, Sabah berjaya menduduki tangga ke 2 Liga Perdana sekaligus mengakhiri 6 tahun penantian Sabah FA untuk beraksi di Liga Super.
PENCAPAIAN
Kejuaraan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
Piala Malaysia | 1996, 2002, 2003 | |
Divisyen 1/Perdana 1/Liga Super | 1996 | |
Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana | 2001, 2010 | |
Piala FA Malaysia | 1995 | 1993, 1994, 1998 |
Piala Sultan Ahmad Shah | 1996 |
REKOD PENCAPAIAN DOMESTIK
Musim | Liga | Posisi | Piala Malaysia | Piala FA |
---|---|---|---|---|
Amatur | ||||
1978 | - | - | Separuh Akhir[3] | - |
1979 | Piala Malaysia | 2 | Separuh Akhir | - |
1980 | Piala Malaysia | 6 | - | - |
1981 | Piala Malaysia | 15 | - | - |
1982 | Piala Malaysia | 8 | Suku Akhir[3] | - |
1983 | Piala Malaysia | 10/16 | - | - |
1984 | Piala Malaysia | 5 | Suku Akhir | - |
1985 | Piala Malaysia | 16 | - | - |
1986 | Piala Malaysia | Menarik Diri[3] | - | - |
1987 | Piala Malaysia | 10/17 | - | - |
1988 | Piala Malaysia | 15/17 | - | - |
Semi-Pro | ||||
1989 | Liga Bahagian 2 | 3/8 | - | - |
1990 | Liga Bahagian 1 | 8/10 | - | Separuh Akhir |
1991 | Liga Bahagian 1 | 7/10 | - | Pusingan Awal |
1992 | Liga Bahagian 1 | 8/10 | - | Separuh Akhir |
1993 | Liga Bahagian 2 | 3/8 | - | Naib Juara |
Profesional | ||||
1994 | Liga Perdana | 4/16 | Peringkat Kumpulan | Naib Juara |
1995 | Liga Perdana | 5/15 | Separuh Akhir | Juara |
1996 | Liga Perdana | Juara | Naib Juara | Pusingan Ke-2 |
1997 | Liga Perdana | 3/15 | Peringkat Kumpulan | Pusingan Ke-2 |
1998 | Liga Perdana | 5/12 | Separuh Akhir | Naib Juara |
1999 | Perdana 1 | 4/10 | Peringkat Kumpulan | Separuh Akhir |
2000 | Perdana 1 | 11/12 | Peringkat Kumpulan | Pusingan Awal |
2001 | Perdana 2 | Naib Juara | Peringkat Kumpulan | Separuh Akhir |
2002 | Perdana 1 | 3/14 | Naib Juara | Suku Akhir |
2003 | Perdana 1 | 4/13 | Naib Juara | Separuh Akhir |
2004 | Liga Super | 6/8 | Separuh Akhir | Suku Akhir |
2005 | Liga Super | 8/8 | Peringkat Kumpulan | Suku Akhir |
2005/06 | Liga Perdana (Kumpulan B) | 4/8 | Peringkat Kumpulan | Pusingan Awal |
2006/07 | Liga Perdana | 6/11 | Separuh Akhir | Suku Akhir |
2007/08 | Liga Perdana | 4/13 | Peringkat Kumpulan | Suku Akhir |
2009 | Liga Perdana | 9/13 | Peringkat Kumpulan | Pusingan Awal |
2010 | Liga Perdana | 2/12 | Pusingan Awal | |
2011 | Liga Super |