Pasukan ATM terus menerajui persada Liga Perdana apabila mencipta kemenangan keenam dalam liga setelah mengalahkan Johor 4-1 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang malam tadi. ATM kini mengumpul 18 mata iaitu dengan kelebihan 2 mata dihadapan pencabar terdekat Pahang selepas tujuh perlawanan.
Hairuddin Omar sekali lagi menjadi wira ATM apabila menjaringkan hatrik pada minit ke 33, 61 dan 74 manakala pemain import dari Argentina Bruno Martelotto kemudian melengkapkan gol keempat pada minit ke 90. Gol saguhati Johor dijaringkan oleh Mohd Hamzani Omar pada minit ke 48.
BERIKUT KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA PADA 13.02.2012
USM 0-1 PAHANG
MBJB 5-3 PDRM
MP MUAR 0-0 SIME DARBY FC
POS M'SIA 2-1 HARIMAU MUDA B
NS BETARIA 2-1 PERLIS
No comments:
Post a Comment