SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

28 February 2012

KELANTAN PECAT PETER BUTLER


Kemelut yang melanda kem Kelantan berikutan kontrovesi yang dicetuskan oleh Peter Butler akhirnya menemui noktah apabila jurulatih dari England itu ditamatkan kontrak sebagai ketua jurulatih skuad The Red Warriors hari ini.

Setelah pelbagai spekulasi tentang kedudukan Peter Butler di Kelantan, akhirnya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya dengan serta merta.

Peter Butler yang direhatkan oleh KAFA bermula minggu lepas berada di Kelantan hari ini untuk memberi penjelasan tentang masalahnya dengan pihak pengurusan pasukan. Dalam mesyuarat itu, Peter Butler dan pihak KAFA telah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontraknya sebagai jurulatih.

Seperti yang tertera di kontrak, Peter Butler akan menerima pampasannya yang telah dipersetujui pihak KAFA pada awal kehadiran beliau.

Bojan Hodak hangat diperkatakan akan mengambil alih tempat Peter Butler sebagai ketua jurulatih.

Oleh : ESPNStar.my
Kredit to : Sokernet.com

HARDI, FIRDAUS DIDENDA, GANTUNG 5 PERLAWANAN


Dua pemain Felda United, Hardi Jaafar dan Mohd Firdaus Fauzi terselamat daripada hukuman gantung satu musim selepas kedua-dua pemain yang terlibat dalam insiden pergaduhan dengan penyokong Negeri Sembilan di Stadium paroi dikenakan penggantungan lima perlawanan dan denda RM5,000 seorang.

Ia gara-gara Hardi dan Firdaus hanya didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Taufik Razak kerana memanjat pagar dan menyerang penonton, namun terlepas bagi satu lagi pertuduhan iaitu mempunyai niat bergaduh dengan penonton.

Menurut Penolong Pengurus Felda United, Faisal Zakariah, dia benar-benar rasa lega dengan keputusan yang diberikan kerana ia satu hukuman paling ringan dijatuhkan kepada kedua-dua pemainnya. "Hardi dan Firdaus hanya didapati bersalah bagi pertuduhan pertama kerana memanjat pagar dan menyerang penonton tetapi terlepas pertuduhan kedua iaitu menyerang penonton untuk tujuan bergaduh.

Sementara itu Hardi menerima keputusan itu dengan redha sambil bersyukur kerana hanya digantung lima perlawanan namun melahirkan rasa kecewa dengan pa yang terjadi. "Saya hairan dengan sikap penonton, pasukan mereka telah menang, jadi mengapa mereka tidak berpuas hati lagi, sebelum ini saya tidak terlibat dalam pergaduhan sebegini" katanya.

Info : malaysialeague.esq2u.com

26 February 2012

Kebangkitan Harimau Malaya: (Temubual) Ketahui kisah Khairul Azman ,bekas penj...

Kebangkitan Harimau Malaya: (Temubual) Ketahui kisah Khairul Azman ,bekas penj...: Khairul Azman. Siapa tidak kenal dengan gerangan nama ini ketika era 90-an. Antara kelibat yang selalu mengecewakan lawan dalam usaha mengha...

Malaysia 1-0 Sabah | Persahabatan Feb 2012

SABAH BERI TENTANGAN..!!!


Walaupun kalah 0-1 kepada skuad kebangsaan, pemain Sabah wajar diberikan pujian diatas kejayaan mereka memberi saingan kuat kepada anak buah K.Rajagopal. Malah kalau tidak gol Amar Rohidan yang dikatakan terkena benteng pertahanan Sabah sebelum melantun ke jaring gol, keputusan mungkin seri.

Sejak wisel dimulakan di separuh masa pertama, Sabah tampak garang menyerang kubu pertahanan skuad negara. Malah empat percubaan terbaik Sabah diseparuh masa pertama juga gagal disudahkan oleh para pemain. Pada babak kedua, 25,000 penyokong Sabah hampa apabila jaringan dilakukan oleh Rozaimi Abd. Rahman dibatalkan pengadil kerana terkena tangan selepas menerima hantaran lintang dari Michael Baird pada minit ke 60. Brendan Gan merupakan pemain terbaik perlawanan semalam dan beliau berjaya menghidupkan bahagian tengah Sabah yang mengelirukan barisan pertanan kental skuad negara namun nasib tidak menyebelahi Sabah sehinggalah jaringan "nasib" Amar Rohidan pada minit ke 79'.

Aksi penyerang sensasi negara yang ditunggu tunggu, Safee Sali dan Penjaga Gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat hanya diturunkan oleh K.Rajagopal diminit minit akhir perlawanan. Keputusan muktamad, Malaysia menang 1-0.

16 February 2012

PIALA PRESIDEN : SABAH MAHU REBAHKAN SANG KENARI DI LIKAS


Setelah mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan terdahulu, Sabahawks Junior memasang impian untuk terus mengekalkan reputasi itu apabila melayan kunjungan Kedah di Stadium Likas petang ini dalam aksi Liga Piala Presiden 2012.

Menjadikan Johor sebagai mangsa pertama mereka di Likas dengan kemenangan 2-1, Sabah terus memberi amaran kepada pasukan lain apabila mudah meratah pasukan Melaka di tempat lawan dengan kemenangan 4-1 memihak kepada skuad Sabah walaupun Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) berjaya mencuri 1 mata dalam pertembungan terakhir minggu lepas yang berkesudahan Sabah terikat dengan SSBJ 1-1.

Jika dilihat kepada rekod musim lepas dalam Liga Piala Presiden, ternyata Kedah bukan tandingan Sabah apabila pasukan kenari itu sukar untuk mencipta kemenangan dengan barisan muda Sabah. Pada pertemuan pusingan pertama pada 24 Mac 2011, Kedah tumbang 1-3 dilaman sendiri, pada pertembungan pusingan kedua di Stadium Penampang, Sabah sekali lagi menundukkan Kedah 3-0. Ternyata rekod musim lepas memihak kepada pasukan Sabah.

Petang ini, Sabah sekali lagi menaruh harapan kepada pemain Liga Super mereka iaitu Mohd Rozaimi Abd. Rahman dan Leopold Alphonso untuk merobek gawang Kedah sambil dibantu oleh Zulmansyah Aling dan Sabri Sahar. Kemenangan akan terus memperkukuhkan kedudukan Sabah sebagai pendahulu kumpulan.

Barisan Kemungkinan SABAH: 
Andre Tipay, Didie Arizal, Dendy Lowa, Razid Gafar,Azuan Azmah, Maxsius Musa, Aldrine Agus, Sabri Sahar, Rozaimi Abd. Rahaman, Zulmansyah Aling dan Leopold Alphonso.

15 February 2012

SABAH TUMBANGKAN "THE CITY BOYS"



Seolah-olah melepaskan geram, Sabah bertindak garang menumbangkan pasukan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Likas sebentar tadi. Selepas mencatat keputusan seri dalam tiga perlawanan terakhir, Sabah akhirnya menemui semula rentak kemenangan dengan bertindak agresif untuk menyerang kubu Kuala Lumpur. 

Pemain skuad Piala Presiden, Mohd Rozaimi Abd. Rahman menjaringkan gol pertama beliau dalam Liga Super dan gol pertama Sabah pada minit ke 36 hasil gandingan mantap beliau bersama rakan sepasukan Leopold Alphonso Otong dibahagian tengah untuk kedudukan Sabah mendahului 1-0 di babak pertama.

Bersambung babak kedua, Michael Baird berjaya menjaringkan gol kedua hasil serangan pantas Sabah dimana beliau melarikan bola secara solo dan terus membuat rembatan ke pintu gol Kuala Lumpur untuk Sabah didepan 2-0. Kedua-dua pasukan selepas itu sering kali bertukar serangan dan K.Lumpur mendapat peluang terbaik pada minit ke 76 namun sepakan pemain mereka hanya mampu terkena tiang gol sabah. Sehingga tamat 90 minit, kedudukan kekal untuk Sabah mencatat kemenangan kedua dalam Liga dan memungut 10 mata.

KEPTUSAN LAIN LIGA SUPER :

Felda Utd 0-3 T-Team
Johor FC 1-2 Sarawak
N.Sembilan 1-1 PKNS
Perak 1-2 LIONS XII
Selangor 2-1 Kelantan
Terengganu 1-1 Kedah

14 February 2012

HAIRUDDIN OMAR CATAT HATRIK KEDUA BERTURUT TURUT

Pasukan ATM terus menerajui persada Liga Perdana apabila mencipta kemenangan keenam dalam liga setelah mengalahkan Johor 4-1 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang malam tadi. ATM kini mengumpul 18 mata iaitu dengan kelebihan 2 mata dihadapan pencabar terdekat Pahang  selepas tujuh perlawanan.

Hairuddin Omar sekali lagi menjadi wira ATM apabila menjaringkan hatrik pada minit ke 33, 61 dan 74 manakala pemain import dari Argentina Bruno Martelotto kemudian melengkapkan gol keempat pada minit ke 90. Gol saguhati Johor dijaringkan oleh Mohd Hamzani Omar pada minit ke 48.

BERIKUT KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA PADA 13.02.2012

USM 0-1 PAHANG
MBJB 5-3 PDRM
MP MUAR 0-0 SIME DARBY FC
POS M'SIA 2-1 HARIMAU MUDA B
NS BETARIA 2-1 PERLIS

11 February 2012

RED WARRIORS NYARIS TEWAS DI LIKAS

KOTA BHARU – Satu mata yang diraih di Stadium Likas, Kota Kinabalu menceritakan keperitan dialami oleh The Red Warriors dalam pertemuan sengit menentang Sabah dalam aksi perlawanan keenam Liga Super malam semalam.
Malah keputusan seri tanpa jaringan tersebut menyaksikan Perak merampas gelaran  selaku peneraju baru takhta, memintas Kelantan dengan kelebihan satu mata setelah mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sarawak di Ipoh.
Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim ketika dihubungi menyifatkan skuad kendalian Peter Butler itu sebenarnya bernasib baik dapat mencuri satu mata setelah diberi saingan hebat oleh Sabah sepanjang perlawanan tersebut.
“Kita kena akui Sabah beraksi lebih baik daripada Kelantan dalam perlawanan ini. Mereka jelas menguasai perlawanan dan beraksi lebih agresif malah saya boleh katakan kita bernasib baik tidak tewas dalam perlawanan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Kalau tidak kerana percubaan Leopold Alfonso Otong pada minit-minit akhir perlawanan terkena tiang gol, sudah pasti kita terpaksa berputih mata menerima kekalahan pertama dalam saingan liga musim ini.
“Apa yang saya jangkakan sebelum ini menjadi kenyataan. Memang sukar beraksi di Kota Kinabalu dan Sabah bermain lebih daripada 100 peratus untuk mengalahkan kita. Saya fikir mana-mana pasukan lain pun menghadapi situasi yang sama apabila bertemu mereka di sana,” katanya.
Malah Azman turut memuji kelibat pemain import Sabah, Micheal Baird yang menjadi duri dalam daging apabila beliau sering mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Kelantan dalam perlawanan tersebut.
“Dia banyak memberi masalah kepada benteng pertahanan kita. Malah dia begitu rajin turun mendapatkan bola daripada rakan sepasukannya dan saya lihat kehebatan pemain import dari Australia cukup terserlah dalam perlawanan ini,” katanya.
Mengulas mengenai percaturan Butler mengeluarkan kedua-dua pemain import, Mohammed Ghaddar dan Obinna Nwaneri dalam perlawanan tersebut, Azman tindakan tersebut merupakan satu keputusan yang tepat setelah mereka dilihat gagal memberikan sumbangan berkesan kepada pasukan.
“Nwaneri terpaksa dikeluarkan pada m-72 perlawanan setelah tidak cukup cergas dalam perlawanan ini. Saya tidak salahkan beliau kerana dia sudah lama tidak beraksi dan baru beberapa kali menjalani latihan bersama kita.
“Sementara Ghaddar pula masih mempunyai penyakit lama, masih tercari-cari rentak dan tidak begitu efektif dalam perlawanan ini. Kita terpaksa mengeluarkan dia pada awal babak kedua dan digantikan dengan Muhammad Ramzul Zahini (Adenan),” katanya.
Dipetik Dari : Kelate.Net

Sabah 0-0 Kelantan | Liga Super 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...