SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

19 January 2012

SABAH VS LIONS XII


Sabah bakal berdepan tugas berat pada Sabtu ini apabila berdepan pasukan Young Lions Singapura atau lebih dikenali sebagai Lions XII dalam perlawanan ke 4 Liga Super di Std. Likas. Tugas sukar ini perlu diakhiri dengan kemenangan untuk terus berada dalam saingan perebutan Liga yang semakin sengit.

Seperti Sabah, Lions XII juga perlu menang untuk terus memberi saingan kepada pasukan lain dalam Liga Super dan kemenangan pertama terhadap Kuala Lumpur selasa lepas menambahkan lagi keyakinan dikalangan pemain mereka selepas hanya mampu seri sekali dan kalah sekali kepada Kelantan. 


Sabah juga dilihat berada dilandasan yang betul untuk meneruskan rentak cemerlang mereka. Para pemain Sabah kini sudah semakin serasi dan mula menunjukkan kebolehan sebenar mereka sejak kalah dalam perlawanan pertama kepada Felda. Kejayaan mengikat T-Team di tempat mereka selasa lalu sudah cukup menunjukkan Sabah bersedia untuk membaham "Singa Muda" tanpa belas kasihan Sabtu ini.

Para penyokokog Sabah juga sudah pasti tidak sabar untuk melihat sekali lagi Sabah menuai 3 mata di laman sendiri. Sememangnya Stadium Likas merupakan stadium keramat buat Sabah. Justeru itu, para penyokong juga  diharap dapat memenuhi Stadium Likas agar para pemain Sabah teruja dan dapat meningkatkan lagi keyakinan mereka. Marilah kita sama-sama mencetuskan fenomena baru di Stadium Likas sabtu ini. Datnglah beramai-ramai, berilah sokongan padu kepada negeri kita.

SABAH TANAH AIRKU...!!! 

18 January 2012

SABAH IKAT T-TEAM


Carta Liga Super selepas perlawanan ke 3 semalam.

Sabah berjaya mengikat pasukan T-Team 0-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebentar tadi. Ternyata misi memburu 1 mata di KT berjaya hasil corak permainan mantap yang ditunjukkan oleh pasukan Sabah. Pertukaran dan perubahan tektikal yang diilhamkan oleh Justin Ganai dengan menggunakan Ronny Harun, Mafri Balang, Reithauddin dan Fariss di bahagian pertahanan jelas sekali mudah mematahkan setiap pergerakan penyerang T-Team. Dengan kelibat Azizon Kadir yang pertama kali diturunkan oleh 'Sabahawks' juga sedikit sebanyak merubah corak pertahanan Sabah yang dianggap cukup kental malam tadi.

Dengan keputusan itu Sabah melonjak ke tangga 9 carta Liga Super dengan memungut 4 mata hasil satu kemenangan, satu seri dan kalah sekali. Perlawanan Sabah seterusnya pada hari Sabtu ini 21 Januari 2012, dengan menentang pasukan Young Lions Singapura di Stadium Likas. 

16 January 2012

VIDEO : Sabah 2 - 1 Sarawak

KITA MENANG

Wira Sabah, Baird sedang diapit oleh 3 pemain Sarawak

Pertemuan "Derby Borneo" akhirnya dimenangi pasukan Sabah apabila menjinakkan Sarawak 2-1 hasil jaringan Michael Baird dan Bobby Gonzalez di Stadium Likas pada malam Sabtu lepas. Sabah yang mendapat sokongan padu kira-kira 10,000 penyokong bertindak garang sebaik wisel permainan dimulakan. Serangan bertali arus Sabah dan percubaan demi percubaan oleh pemain-pemain Sabah banyak diselamatkan oleh Penjaga Gol Sarawak, Saiful Amar Sudar. Sehinggalah pemain import dari Australia, Michael Baird membuka tirai jaringan Sabah pada minit ke 20. Gol tersebut berpunca dari percubaan Bobby Gonzalez yang gagal diselamatkan dengan kemas oleh Saiful dan bola muntah terus ke kaki Baird dan beliau hanya menolak sahaja bola tersebut untuk Sabah didepan dengan jaringan 1-0. Brendan Gan juga mempunyai peluang menjaringkan gol tetapi percubaan Brendan banyak diselamatkan oleh Saiful. 

Pada minit ke 45, Baird sekali lagi menjadi duri dalam daging pasukan Sabah apabila larian solo beliau ke dalam kotak penalti Sarawak gagal dikawal oleh pertahanan Sarawak dan melambungkan bola tersebut kepada Bobby dan disudahkan melalui tandukan cantik untuk Sabah mendahului selesa 2-0 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, persembahan kedua-kedua pasukan tampak seimbang. Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh kedua-dua pasukan gagal membuahkan hasil. Jurulatih Sarawak membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan K.Ravindran untuk menggantikan Zamri Morshidi bagi menguatkan jentera serangan mereka. Manakala Sabah juga turut membuat pertukaran dengan memasukkan pemain baru Juefry Omopor untuk menggantikan Mohd Rozaimi Abd. Rahman. Kemasukan Juefry ternyata mendapat sambutan penyokong Sabah, pemain bertubuh kecil itu mendapat jolokan "Messi" Sabah berjaya mengucar kacirkan pertahanan Sarawak yang diketuai oleh Guy Bwele, malah percubaan beliau juga gagal diselamatkan oleh Saiful tetapi percubaan tersebut sikit melewati palang gol Sarawak. Diminit-minit akhir perlawanan, pertahanan Sabah tampak leka dan Sarawak memanfaatkan peluang tersebut apabila K.Ravindran mudah menolak masuk hantaran silang dari Mohd Rashid Aya pada minit ke 80 untuk menjadikan kedudukan 2-1. 

Sehingga akhir permainan, kedudukan kekal 2-1 dan Sabah akhirnya memungut tiga mata penuh untuk menduduki tangga ke 10 dalam carta Liga Super. Perlawanan Sabah seterusnya berkunjung ke Terengganu untuk bertemu pasukan T-Team yang sudahpun menang dalam kedua-dua perlawanan. 

KEPUTUSAN LAIN-LAIN PERLAWANAN LIGA SUPER :

Terengganu 3-0 Felda United
Kedah 0-0 Lions XII
Selangor 1-0 Perak
Johor FC 0-2 N. Sembilan
K. Lumpur 0-3 T-Team
Kelantan 1-1 PKNS Selangor

14 January 2012

WHO WILL BE THE KING OF BORNEO ???



Hari yang dinanti telah tiba, perhitungan siapa bakal "RAJA BORNEO" akan ditentukan malam ini dalam pertemuan klasik antara Sabah menentang Sarawak di Stadium Likas. Sabah yang mengalami kekalahan pertama dalam saingan Liga Super kepada Felda United selasa lalu berazam bangkit untuk tidak sekali lagi mengalami kekalahan lebih-lebih lagi berhadapan dengan penyokong sendiri. Justin Ganai semestinya sudah menyediakan ramuan terhebat buat sang pengunjung "Bujang Senang" untuk disentap malam ini. Formasi 4-3-3 yang diterapkan oleh beliau sudah cukup membuktikan Sabah bakal menggempur habis-habisan kubu Sarawak malam ini. Syed Adney sekali lagi akan diberi kepercayaan untuk menjaga gawang Sabah walaupun beliau tewas dengan 2 jaringan pemain Felda selasa lalu. Kapten "Sabahawks" Reithauddin Embran akan mengetuai barisan belakang Sabah yang turut dibarisi oleh Mafri Balang, Ronny Harun, Sumardi Hajalan, dan Rosdin Wasli. Sabah bakal menurunkan tiga gandingan tengah yang pastinya diketuai oleh Brendan Gan, Sharul Azhar Ture dan Radzi Hussein yang akan menggerakkan corak serangan bagi membantu Michail Baird, Zainizam Marjan dan Bobby Gonzalez untuk mencari gol. 

Namun, Sarawak pastinya sudah bersedia menghadapi ancaman Sabah malam ini. kemenangan dan seri dalam 2 perlawanan persahabatan sebelum ini sudah cukup membuktikan Sarawak adalah pasukan liat untuk dikalahkan.  Kapten mereka Mohd Hairol Mokhtar bakal menghadapi Michail Bird dan kawan-kawan dengan kawalan ketat. Serangan balas Sarawak adalah yg berbahaya jika Sabah tidak memfokuskan barisan benteng dikala mereka sedang asyik menyerang. Gandingan Kalle Sone dan Zamri Morshidi boleh menciptakan gerun kepada benteng Sabah jika kedua pemain ini dibiarkan berlegar sesuka hati dikawasan Sabah. Secara tradisinya, pertemuan 2 jiran Borneo ini akan menampilkan permainan yang seimbang. Apapun, Good Luck buat pasukan Sabah. Semoga kemenangan akan berpihak kepada Sabahawks.!

BARISAN KEMUNGKINAN :

SABAH : Syed Adney, Reithauddin Embran, Mafri Balang, Ronny Harun, Sumardi Hajalan, Shahrul Azhar Ture, Radzi Hussein, Brendan Gan, Zainizam Marjan, Bobby Gonzalez dan Michail Baird.

Simpanan : Irwan Jamil, Fariss Azlan, Rosdin Wasli, Zuraindey Jumai, Rozaimi Abd Rahman, Sharudin Yakup, K.Thanaraj, Juffri Omopor, Naim Ahmad.

SARAWAK : Saiful Amar Sudar, Mohd Hairol Mokhtar, Guy Bwele, Mazwandi Zakeria, Yosri Derma Raju, Ashri Cuchu, Azizan Baba, K.Rajan, Zamri Morshidi dan Kalle sone

Simpanan : Sani Anuar Kamsani, Ramesh Lai Ban Huat, Dzulazlan Ibrahim, Azizan Saperi, Benedict Martin, K.Depan, K.Ravindran, Mohd Rasyid Aya.

LAIN-LAIN PERLAWANAN HARI INI :


KUALA LUMPUR VS T-TEAM


TERENGGANU VS FELDA UNITED


JOHOR FC VS N. SEMBILAN


KEDAH VS LIONS XXI


SELANGOR VS PERAK

13 January 2012

KEMPEN SERBU STADIUM LIKAS


Pertembungan seteru Borneo antara Sabah dan Sarawak memang menjanjikan persaingan sengit dalam kancah bola sepak Malaysia. 14 Januari ini sekali lagi peminat kedua dua pasukan disajikan aksi hebat dalam persaingan Liga Super di Stadium Likas. Sejarah pertembungan 2 wakil Borneo ini memang sengit dan seimbang, dan pertemuan ini juga adalah yang pertama sejak beberapa tahun yang lalu. Ini kerana Sarawak telah pun diangkat ke Liga Super selepas berjaya menduduki tangga kedua dalam Liga Perdana musim lepas. Pastinya pertemuan Derby Borneo ini amat dinanti natikan oleh penyokong kedua dua pasukan.

Musim ini Sarawak dikatakan mempunyai skuad mantap berbanding musim lepas. Kehadiran 2 pemain import mereka iaitu penyerang Kalle Sone dan pertahanan Guy Belle kedua duanya dari Cameroon serta kehadiran penyerang tempatan seperti K.Ravindran, K.Rajan dan Khairul Azahar Eidros sudah cukup membuktikan Sarawak perlu diberi perhatian musim ini. Malah jika dinilai menerusi 2 aksi persahabatan sebelum ini, Sarawak nyata GAH mengatasi Sabah dengan kemenangan serta seri sekali. Aksi tangkas Sarawak juga mungkin disebabkan kehadiran Penjaga Gol berpengalaman iaitu Saiful Amar Sudar.

Namun itu cerita dalam aksi Friendly, atas kertas Sarawak menang, tapi keputusan sebenar siapa lagi hebat akan ditentukan dalam masa 90 minit diatas padang. Sabah yang dikejutkan dengan kekalahan "Kontrovesi" kepada Felda United dalam aksi sulung sudah pun melupakan tragedi itu dan kini menumpukan perhatian sepenuhnya untuk memungut mata penuh dihalaman sendiri. Sudah pasti para pemain Sabah tidak rela menghampakan ribuan penyokong sejati mereka Sabtu ini. Sabah bakal menurunkan kesebelasan terbaiknya menentang Sarawak dan kemenangan sahaja lah akan menaikkan momentum mereka untuk terus bersaing dalam Liga Super.

Bagi ribuan penyokong Sabah, ini lah masanya kita bersatu dalam satu suara, Ayuh kita serbu Stadium Likas sabtu ini. Buktikan kepada semua, Penyokong Sabah antara penyokong yang terbaik di Malaysia. Kemenangan pasti akan menjadi milik kita. Ingat, datang seawal yang mungkin kerana dikhuatiri jalan akan sesak menjelang malam. Pastikan juga penyokong2 Sabah berbaju "MERAH" sebagai tanda sokongan kita dan jadikan Stadium Likas sebagai lautan merah bagi menyemarakkan lagi semangat pemain-pemain Sabah. 

" SABAH TATAPSSS..!!"

12 January 2012

Felda United 2 - 0 Sabah

FELDA ATASI SABAH


Harapan dan impian penyokong Sabahawks untuk melihat skuad Sabah menang dalam game pertama Liga Super 2012 berkecai apabila Felda United menjinakkan Sabah 2-0 di Stadium Hang Jebat pada Selasa lalu. Sabah yang diperkuatkan oleh 2 pemain import dari Australia gagal memanfaatkan peluang itu walaupun menguasai perlawanan tersebut. 

Bermula dengan rentak perlahan pada awal permainan menyaksikan Felda United lebih banyak menguasai barisan tengah manakala Sabah turut mengintai ruang dan peluang menerusi gandingan penyerang Sabah Bobby Gonzales dan Michail Baird. Sabah lebih awal menggegar jariang skuad Felda pada minit ke 20 menerusi perancang tengah Sabah Sharul Azhar Ture namun pengadil perlawanan membatalkan jaringan tersebut kerana sharul sudahpun dalam kedudukan offside. Sebaliknya Felda berjaya membuka jaringan pada minit ke 26 menerusi rembatan Mohd Raimi md Nor, gol tersebut berpunca daripada rembatan Mohd Farderin Kadir yang ditepis Syed Adney dan muntah ke kaki Mohd Raimi lalu beliau menguis bola tersebut untuk Felda mendahului 1-0. 

Penyerang berbakat yang sedang meningkat naik Yong Kuan Yong menambah jaringan Felda diminit ke 29 apabila menanduk bola ke gawang Sabah yang sudah pun ternganga selepas Syed Adney terkeluar dari posisinya untuk Felda menamatkan separuh masa pertama dengan mendahului Sabah 2-0.

Bersambung babak kedua, Sabah lebih banyak mengatur serangan yang diketuai oleh Brendan Gan dan Sharul Azhar Ture namun gagal membuahkan hasil. Kemasukan Zainizam Marjan juga tidak dapat membantu Sabah menghasilkan gol. Mungkin selepas ini Justin Ganai harus menukar taktik dan kesebelasan skuad Sabah apabila bertemu jiran mereka Sarawak pada perlawanan kedua Liga Super Sabtu ini di Stadium Likas.

Keputusan muktamad, Felda 2-0 SABAH

04 January 2012

JADUAL LIGA SUPER SABAH 2012


Berikut merupakan jadual perlawanan Liga Super 2012 membabitkan pasukan Sabah:

Pusingan Pertama :
10 Januari : Felda Utd lwn SABAH - Away-
14 Januari : SABAH lwn Sarawak -Home-
17 Januari : T-Team lwn SABAH -Away-
21 Januari : SABAH lwn Lions XII -Home-
27 Januari : PKNS Selangor lwn SABAH -Away-
07 Februari : SABAH lwn Kelantan -Home-
11 Februari : Kedah lwn SABAH -Away-
14 Februari : SABAH lwn K.Lumpur -Home-
03 March : SABAH lwn Johor FC -Home-
17 March : Terengganu lwn SABAH -Away-
31 March : SABAH lwn Selangor -Home-
07 April : N.Sembilan lwn SABAH -Away-
14 April : SABAH lwn Perak -Home-

Pusingan ke 2 :
17 April : Perak lwn SABAH -Away-
04 Mei : SABAH lwn Felda Utd -Home-
12 Mei : Sarawak lwn SABAH -Away-
15 Mei : SABAH lwn T-Team -Home-
16 June : Lions XII lwn SABAH -Away-
19 June : SABAH lwn PKNS Selangor -Home-
23 June : Kelantan lwn SABAH -Away-
26 June : SABAH lwn Kedah -Home-
30 June : K.Lumpur lwn SABAH -Away-
03 July : Johor FC lwn SABAH -Away-
07 July : SABAH lwn Terengganu -Home-
10 July : Selangor lwn SABAH -Away-
14 July : SABAH lwn N.Sembilan -Home-


03 January 2012

SENARAI PEMAIN IMPORT LIGA MALAYSIA 2012



Kancah bolasepak Liga Malaysia untuk musim baru,pastinya menjanjikan kelainan apabila pada tahun 2012,pemain import atau bahasa kampungnya “Awang Import”akan mewarnai di setiap pasukan negeri.Begitupun ada pendapat yang  tidak menyokong kemasukan pemain import ke Liga Malaysia kerana ia akan membantutkan prestasi pemain muda tempatan.
Namun ada sebelah pihak lagi yang menyokong kehadiran pemain import untuk beraksi dalam Liga Malaysia.Masing-masing mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat.Apa yang pasti,Liga M untuk musim 2012,semestinya bertambah rancak.
Berikut merupakan senarai nama pemain import yang akan beraksi dalam Liga Malaysia 2012
Perlis FA
1. Lamin Conteh Jr (Sierra Leone)
2. Lewis Henry (Sierra Leone)
Kedah FA
1. Daniel Baroni (Brazil)
2. Danilo Rafael (Brazil)
Perak FA
1. Lazar Popovic (Serbia)
2. Michal Kubala (Slovakia)
Selangor FA
1. Ramez Dayoub (Lubnan)
2. Lelo Mbele (Congo)
Negeri Sembilan
1. Marquem Goncalves (Brazil)
2. Emmanuel Owona (Cameroon)
PKNS FC
1. Dawood Nicoise (Perancis)
T-Team FC
1. Zacharia Simukonda (Zambia)
2. Bojan Petrit (Bosnia)
Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
1. Marlon Alex James (St Vincent & Grenadines)
2. Bruno Martelotto (Argentina)
Terengganu FA1. Jusio Nunis (Brazil)
2. Sibi Gwar (Nigeria)
Kelantan FA
1. Mohamed Ghaddar (Lubnan)
2. Emmanuel Okine (Ghana)
3. Denny Antwi (Ghana)
4. Zakaria Charara (Lubnan)
Sarawak FA
1. Kalle Sone (Cameroon)
2. Guy Bwelle (Cameroon)
SABAH FA
1. Brendan Gan (Australia)
2. Michael Baird (Australia)
INFO :  Tujuh permohonan di tolak iaitu Richard Offiong (Johor), Tito Fernando Da Silva Pinto (Johor FC), Tiago Lima Leal (Johor FC), Bianchi Parades Santiago (Felda United), Marquen Nuquen Goncalves (Negeri Sembilan), Sergey Ivanov (Pahang) dan Helmi Loussaief (PKNS FC)

Dua permohonan iaitu Tercio Nunes Machado (Terengganu) dan Olademeji Mathe Talabi (Betaria FC) di tarikbalik.

02 January 2012

SKUAD LIGA SUPER SABAH 2012



President: Datuk Seri Musa Haji Aman
Deputy President: Datuk Lawrence Gimbang
Vice President I: Datuk Osman Jamal
Vice President II: Datuk Yusof Kassim 
Treasurer AR: Haji Shahriman Abdullah
Secretary General: Alijus Hj Sipil 
Executive Secretary: Hasbullah Yahya
Manager: Haji Shahriman Abdullah 
Head Coach: Justin Ganai 
Assistant Coach 1: Andrew Majanggim
Assistant Coach 2: Johnny Dominicus
Goal Keeper Coach: Khairul Azman Mohd
Physiotherapist: Matlan Basir
Fitness Coach: Sulaiman Arman

PENJAGA GOL :
Azizon Abdl Kadir
Syed Adney Syed Hussein
Irwan Jamil

PERTAHANAN :
Reithauddin Ag Embran (Kapten)
Rosdin Wasli
Mohd Fariss Azlan Mat Isa
Ronny Harun
Mafri Balang
Julamri Muhammad

TENGAH :
Zuraindey Jumai
Sumardi Hajalan
Shahrul Azhar Ture
Safuan Ibrahim
K. Thanaraj
Sharudin Yakup
Radzi Hussein
Alto Linus
Brendan Gan
Naim Ahmad
Rozaimi Abd Rahman
Sabri Sahar

PENYERANG :
Zainizam Marjan
Bobby Gonzalez
Razlan Oto
Juffry Omopor
Leopold Alphonso
Michael Baird

Khairul Fahmi "Apek" Bintang Sukan Harian Metro Paling Popular 2011

TEKA-TEKI mengenai siapa Bintang Sukan Harian Metro paling popular akhirnya terjawab apabila pembaca memilih Khairul Fahmi Che Mat dan Datuk Nicol David sebagai personaliti paling berwibawa sepanjang 2011.
Bukan satu kejutan apabila Khairul Fahmi yang juga penjaga gol kebangsaan dipilih Atlet Lelaki Pilihan manakala Nicol memenangi kategori Atlet Wanita Pilihan berikutan pencapaian masing-masing di peringkat tempatan dan antarabangsa.


Khairul Fahmi mendapat 57 peratus undian, jauh meninggalkan rakan sepasukannya dalam Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar yang menerima 20 peratus. Penyerang sensasi, Safee Sali yang kini berkelana di Pelita Jaya FC, Indonesia berada di tempat ketiga (12), diikuti bintang baru Harimau Muda, Muhamad Nazmi Faiz (6) dan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei (5).

Penguasaan luar biasa Nicol yang sukar dikekang mana-mana pemain terserlah apabila meraih 67 peratus undian, diikuti ratu velodrom yang memenangi tiga pingat emas di Sukan Sea, Fatehah Mustapa (14) di tempat kedua, sebelum diikuti dua penerjun negara, Leong Mun Yee (10) dan Pandelela Rinong (6). Jaguh lompat bergalah, Roslinda Samsu di tangga kelima (3).


Seramai 42,738 responden mengambil bahagian dalam undian yang dibuat menerusi laman web, www.hmetro.com.my/myMetro/Khas/bintangsukan, bagi tempoh 12 Disember hingga 23 Disember lalu.



Selain Atlet Lelaki dan Wanita Pilihan, tiga lagi kategori dipertandingkan - Atlet Antarabangsa Pilihan, Pasukan Malaysia Pilihan, Pasukan Antarabangsa dan Sukan Pilihan.

Kelincahan bintang Barcelona, Lionel Messi memastikannya unggul bagi kategori Atlet Antarabangsa Pilihan dengan menerima 56 peratus undian diikuti pencabar utamanya di Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua (20).


Bekas bintang Manchester United, David Beckham masih belum kehilangan aura meskipun kini beraksi dengan kelab Amerika Syarikat, LA Galaxy apabila menduduki tempat ketiga (8) dan diikuti jaguh badminton China, Lin Dan (6) serta bintang tenis Rafael Nadal (3).



Bagi kategori Pasukan Malaysia Pilihan, Kelantan FA mengejutkan apabila menjadi pilihan pembaca dengan 54 peratus, meninggalkan dua pasukan bola sepak kebangsaan iaitu Harimau Muda dan Harimau Malaya masing-masing di tempat kedua (26) dan ketiga (20).


Penguasaan bola sepak menenggelamkan peluang calon lain apabila Leong Mun Yee-Pandelela Rinong hanya menduduki tangga keempat (1) manakala beregu badminton utama Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong langsung tidak menerima sebarang undian daripada pembaca.



Pasukan Antarabangsa pula sah menjadi milik Barcelona dengan 31 peratus, diikuti Manchester United (25), Chelsea (12), Liverpool dan Real Madrid (9) serta Arsenal dan Manchester City (7).



Kedudukan bola sepak sebagai sukan nombor satu di negara ini terserlah apabila menerima undian besar kategori Sukan Pilihan, dengan 91 peratus undian. Badminton kedua dengan 6 peratus manakala hoki, sepak takraw, skuasy dan ragbi masing-masing meraih 1 peratus undian.

Sumber : Harian Metro

Selamat Tahun Baru 2012


Selamat Tahun Baru kepada seluruh Penyokong2 setia pasukan Sabah. Semoga tahun ini merupakan tahun gemilang untuk kita dan Sabah khasnya. Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia adalah target utama musim ini. Top 5 dalam Liga Super, Separuh Akhir dalam Piala FA dan Final dalam Piala Malaysia adalah sasaran paling realistik untuk Sabah musim ini. Dengan kehadiran 2 pemain import dari Australia iaitu Micheal Bird dan Brendan Gan, Sabah dilihat mampu menjadi antara pasukan pesaing kepada team2 seperti Selangor, Kelantan mahupun Terengganu. 

Walau apapun keputusan musim ini, kita sebagai penyokong tegar pasukan Sabah, jangan sesekali berhenti dari menyokong mereka, musim ini musim pembaharuan dan musim kebangkitan. Kalah menang tetap sokong Sabah. "Till I Die Sabahawks"

Musim ini juga kami disini akan berjuang untuk mengajak anda semua turun beramai ramai ke Stadium Likas jika melibatkan pasukan Sabah. Kami juga berjuang untuk memastikan penyokong Sabah akan menjadi penyokong terbaik Malaysia musim ini... 

Good Luck Sabahawks..!!
Happy New Year 2012..!!

PIALA PRESIDEN 2012

Piala Presiden atau skuad Liga Simpanan merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh 
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kejohanan ini merupakan kejohanan yang menampilkan barisan muda iaitu pasukan bawah 20 tahun. Sabah juga tidak ketinggalan untuk melibatkan diri dalam kejohanan ini yang dibahagikan kepada 2 kumpulan dan bermain dalam format liga.

Pada musim lepas, Sabah diletakkan dalam kumpulan A bersama Juara edisi musim 2011, Kelantan. Sabah dilihat hampir pasti menjuarai kumpulan tersebut jika dilihat dr aksi permulaan musim yang meyakinkan, tetapi akur dengan kehebatan Kelantan yang akhirnya menjuarai kumpulan dan sekaligus menjuarai Piala tersebut musim lalu dgn menewaskan pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di Final. 

Musim ini, Sabah dilihat serius untuk menebus kembali kekecewaan musim lepas dengan persediaan rapi apabila Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) membuat rombakan dalam skuad musim ini. Beberapa pemain musim lalu tidak dikekalkan dan antara punca adalah melebihi had umur. Musim ini Sabah diundi dalam kumpulan A yang dibarisi pasukan handalan seperti SSBJ, Kedah, Johor FA dan MBJB FC. Namun demikian, Sabah dilihat antara pasukan pilihan untuk merebut tempat ke Suku Akhir berdasarkan rekod musim lepas. Berikut adalah keputusan undian Piala Presiden :

KUMPULAN A :

KELANTAN
Sime Darby FC
Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
Melodi Jaya SC 
SABAH
Melaka
Johor FA
PBDKT T-Team FC
MBJB FC
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)
PDRM FA
Kedah 
Konsultan Psikologi dan Pengembangan Sumber Daya Manusia (PPSDM)

KUMPULAN B :

Selangor
Terengganu
Negeri Sembilan
MP Muar FC
PKNS FC
Sarawak
Pahang
Pulau Pinang
Perlis
ATM FA 
Betaria FC
Perak
Johor FC
Kuala Lumpur - v2


Barisan Skuad Piala Presiden Sabah 2012 :

Penjaga Gol: 

Andre S. Tipay (Keningau), 

Robson Rining (Beaufort) 

Nikyus Saiddatul Yakup (Labuan).

Pertahanan:
Adnan Arman (Kiulu),
Dendy Lowa (Keningau),
Didie Arizal (Labuan),
Razid Gafar (Labuan),
Nazrim Junai (Tuaran),
Apolinario Talakos (Keningau),
Mohd Idzihar Qaidi Jaidi (Tawau),
Denisi Mekkhadan (Keningau)
Azuan Azmah (KK).


Tengah:
Aldrine Agus (Keningau),
Maxsius Musa (Pensiangan),
Fread Filemon Saih (Telupid),
Muhammad Mohd Safa (KK),
Ummareng Bacok (Sandakan)
Mohd Razle Puteh (Sandakan).


Penyerang:
Zulmansyah Aling (Sandakan),
Zackalani Antanom (Keningau),
Eyo Mathew (Keningau)
Jetko Romedius Taipoi (Kiulu)

01 January 2012

LIGA MALAYSIA 2012 LEBIH HANGAT DARI BIASA....!!!

BUKAN saja semangat, mental juga harus kuat untuk pemain muda Singapura bertarung dalam Liga Malaysia (LM). Tinggal seminggu lagi musim baru LM akan memulakan sepak mula pada 9 Januari ini, bekas pemain tengah juga penyerang Singapura, Salim Moin, 50, mengingatkan pemain muda Singapore Lions suasana dan kehangatan Liga M jauh berbeza dengan Liga Singapura (LS) yang mereka harungi selama ini.
Selama sembilan tahun mengharungi kancah Piala Malaysia (PM) dari 1981 hingga 1989, Salim percaya setiap negeri yang bertanding dalam Liga M mempunyai semangat lain setiap kali bertemu dengan pasukan republik itu, dan inilah cabaran getir perlu dihadapi setiap pemain Singapore Lions.



“Kehadiran Singapore Lions dalam Liga M baik untuk masa depan bola sepak Malaysia dan Singapura. Saya sendiri seperti tidak sabar menanti kemunculan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari atau Fandi Ahmad kedua dalam Liga M nanti. Cuma pemain muda Singapore Lions harus sedar Liga S dan Liga M ada jurang perbezaan, tetapi inilah kesempatan terbaik untuk mereka tingkatkan lagi kemahiran bola sepak kedua-dua negara,” katanya.

Salim kini jurulatih Woodlands FC, turut berbangga dua pemain ‘anak didiknya’ terpilih menyertai Singapore Lions. Keduanya-dua, Al-Hafiz selaku penjaga gol ketiga dari Woodlands FC dan pemain pertahanan, Madhu Mohana dari Gombak FC. Sebelum ini Salim melatih kelab Balestier Khalsa selama 8 tahun. Bagi Salim, kedua-dua ‘anak didiknya’ itu sudah diceritakan pahit getir pernah ditempuhi ketika mengharungi Piala Malaysia dulu.



Bagi Salim, masih tidak lekang di ingatan bagaimana dia dan pemain Singapura lain dikepung penyokong Sarawak di tengah padang era 80-an dulu.




“Semuanya gara-gara penyokong tuan rumah tidak berpuas hati dengan pemain no 5 negara kami. “Untuk menyelamatkan keadaan, kami semua membuka jersi duduk dalam satu bulatan bagi mengelirukan penyokong tuan rumah, sebelum pasukan keselamatan meleraikan keadaan,” katanya.

Bermain dengan pasukan Perlis juga pengalaman berharga buat Salim yang diibaratkan berpeluh sebelum bertarung.



“Bilik persalinan kami di stadium itu cuma beratap zink. Dua negeri dalam kempen Piala Malaysia dulu, jadual perlawanannya pada sebelah petang iaitu Perlis dan Melaka. “Bayangkan perlawanan belum bermula, tetapi semua pemain sudah basah lencun. Pemain sekarang beruntung,” katanya.



Salim yang berkunjung ke ibu kota menemui ibu saudaranya, membayangkan tidak mustahil suatu hari nanti akan melatih pasukan di negeri ini.



“Ketika zaman kemuncak dulu, saya dapat tawaran mewakili Selangor sewaktu pengurusnya Mazlan Datuk Harun, tetapi komitmen keluarga di Singapura membataskan segala-galanya. Liga Malaysia memang saya ikuti hinggakan final sewaktu Kelantan menentang Negeri Sembilan, saya bawa isteri dan anak-anak ke Bukit Jalil untuk merasai sendiri kehangatan Piala Malaysia,” katanya.


Sumber : Harian Metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...