SEMBANG BOLA

JADUAL LIGA SUPER 2012

31 Mac 2012 (Sabtu)

SABAH lwn Selangor
(Std. Likas, 8.15 mlm)

21 January 2011

PROFILE PEMAIN SABAH : SYED ADNEY SYED HUSSEIN


Nama Penuh : Syed Adney Syed Hussein
Tarikh Lahir : 29 November 1986
Tempat Lahir : Liverpool, England
Posisi : Penjaga Gol


Pemain kelahiran Liverpool ini juga memiliki reputasi hebat seperti Azizon. Mula mewakili pasukan bawah 19 tahun selangor pada 2004, khidmat beliau terus ditagih apabila mewakili Selangor dalam Piala Presiden pada musim 2005 hingga 2006. 

Memulakan karier sebagai pemain senior pada tahun 2006 hingga 2007 bersama Selangor sebelum berhijrah ke UPB My team pada musim 2007 hingga 2009. Pada musim lalu khidmat beliau terus digunakan apabila pasukan Kelantan memancing pemain ini sebelum berhijrah ke SABAH pada musim ini.

Syed Adney juga pernah mewakili skuad bawah 23 tahun kebangsaan pada tahun 2007 dan aksi beliau bersama skuad negara apabila menentang Bahrain dalam siri kelayakan Piala Dunia zon Asia. Kali terakhir Syed Adney mewakili negara pada tahun 2008

Pemain ini juga pernah berlatih dengan pasukan Middlesbrough FC dan Darlington FC di England.

16 January 2011

RTM TETAP SIAR LIGA MALAYSIA 2011


PENONTON tempatan pasti lega kerana RTM akan terus menyiarkan secara langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia.

SEBAGAI memahami kehendak rakyat, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan berusaha sedaya upaya memastikan siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 disiarkan di saluran televisyen percuma itu.

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Ibrahim Yahaya, perbincangan sudah pun diadakan bersama pemegang baru hak penyiaran Liga M iaitu Astro dan dijangka akan mencapai persetujuan dalam masa terdekat.

"Para peminat bola sepak tempatan tidak perlu gusar kerana kita (RTM) tetap akan beli hak siaran untuk Liga M musim 2011 ini berdasarkan slogan 'Sukan Terbaik Hanya di RTM'.

"Melalui perbincangan baru-baru ini, kita meminta supaya kadar yang perlu dibayar RTM kepada Astro sama seperti yang kita bayar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun-tahun sebelum ini.

"Segalanya kini berjalan lancar dan kita cuma hanya menunggu sebelum ia dimuktamadkan mene- rusi satu perjanjian dengan pihak Astro," katanya ketika ditemui Kosmo! di Angkasapuri, Kuala Lumpur petang semalam.

RTM sebelum ini merupakan pemegang hak penyiaran Liga M dengan nilai tajaan RM6 juta setahun tetapi pada 2 Januari lalu, FAM mengumumkan Astro sebagai pemegang baru hak tersebut dari 2011 hingga 2014 dengan nilai tajaan RM30 juta setahun.

Namun, Astro bukanlah pemegang hak ekskusif siaran langsung Liga M kerana mana-mana stesen televisyen tempatan lain tetap dibenarkan untuk membeli hak penyiaran tersebut daripada stesen televisyen satelit itu.

Ibrahim turut memberitahu, usaha mendapatkan hak penyiaran Liga M 2011 itu dibuat memandangkan RTM merupakan badan penyiaran awam yang berperanan untuk menyemarakkan budaya sukan di negara ini.

"Kita tidak memikirkan soal kewangan secara keseluruhannya tetapi lebih kepada usaha memasti- kan rakyat dapat menonton aksi sukan tanah air terutama bola sepak.

"Sebagai bukti, siaran langsung final pertama Piala Suzuki AFF 2010 di RTM berjaya mencatat 2.8 juta penonton manakala final kedua mencatat 3.8 juta penonton. Ia sekali gus membuktikan sukan terbaik hanya di RTM," tegasnya lagi.

Saingan Liga M 2011 bakal bermula 29 Januari ini dengan perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di antara Selangor dan Kelantan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

15 January 2011

PROFILE PEMAIN SABAH : AZIZON ABD. KADIR


Nama Penuh   : Azizon Abdul Kadir
Tarikh Lahir   : 10 June 1980
Tempat Lahir : Ipoh, Perak.
Tinggi            : 1.80 cm

Pemian kelahiran Ipoh, Perak ini memiliki pengalaman yang cukup luas dalam penglibatan menerusi aksi-aksi di Liga Malaysia. Azizon yang lebih dikenali sebagai Bob dikalangan rakan-rakan pertama kali beraksi ketika mewaakili skuad Melaka pada musim 2002 sehingga 2004. Aksi mantap beliau dapat perhatian beberapa pasukan dalam Liga Malaysia dan N. Sembilan menyambar pemain ini untuk menyarung jersi mereka pada musim 2004 hingga 2007. 



Mula saat itu, Bob mendapat perhatian Jurulatih kebangsaan ketika aksi mantapnya bersama Negeri Sembilan untuk mewakili skuad negara. Aksi pertama beliau bersama skuad negara adalah ketika Pusingan kelayakan Piala Dunia (AFC) menentang Hong Kong pada 13 Oktober 2004.

Untuk musim 2007, Bob mewakili Kuala Muda Naza sehingga tahun 2009 sebelum dipinjamkan ke Sarawak pada 2008. 

Pada musim 2010, Azizon berhijrah ke Sabah dan ternyata penghijrahan beliau tidak sia-sia apabila menunjukkan aksi memukau dan seterusnya berjaya membantu Sabah kembali ke Liga Super musim ini.

Untuk musim 2011 ini, khidmat Bob ditagih lagi bagi memperkuatkan barisan Skuad Sabah untuk menghadapi Liga Super. 

Pihak kami mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Azizon kadir.

MAJLIS PERASMIAN KELAB PENYOKONG SABAH DAN PELANCARAN JERSI BARU SABAH BERJAYA



Majlis Perasmian Kelab Penyokong Bola Sepak Sabah dan Pelancaran Jersi terbaru Skuad Liga Super Sabah telah selesai dijalankan dengan jayanya kelmarin bertempat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu. Gimik perasmian dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA)

"Sebagai tanda sokongan kepada pasukan Sabah, petang tadi saya meraikan para pemain dalam satu jamuan 'high-tea' sambil memberi perangsang dan kata-kata semangat agar mereka dapat mempamerkan permainan yang berkualiti tinggi sepanjang pertandingan MSL musim ini sekaligus mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri. Saya juga melancarkan Kelab Penyokong SabahHawks dan laman web SabahHawks sebagai salah satu usaha untuk menarik kembali sokongan rakyat Sabah kepada pasukan ini. Ayuh...sama-samalah kita memberikan sokongan padu kepada pasukan kita dan seterusnya menjadikan Sabah sebagai antara pencabar utama dalam persaingan merebut kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini. Sabah Boleh!" Demikian menurut YAB Datuk Musa Hj. Aman yang dipetik menerusi Laman Facebooknya semalam.


Dengan ucapan berapi dari Presiden SAFA ini sendiri diharap dapat meningkatkan momentum persembahan Sabah sambil berharap penyokong akan tampil lebih garang di Stadium Likas sebagai tanda menyokong pasukan dan sentiasa berada dibelakang kesebelasan pemain Sabah.




Majlis Pelancaran itu turut dihadiri oleh beberapa pemimpin negeri dan KBS sendiri selain Pengerusi Kelab penyokong Bola Sepak Sabah, Tuan Mohd Joh Hj. Wid. Majlis juga turut disertai oleh para pemain Sabah dan radio online Utara FM dan Cahaya FM.

Selain Kelab Rasmi Penyokong Sabahawks, Jersi Sabah juga turut dilancarkan kelmarin. Seperti dijangka, warna merah akan meneruskan tradisi Jersi "Home" Sabah, namun demikian ada sedikit kelainan menerusi jalur sisi yang berwana kuning seakan akan menyerupai Jersi pasukan lawan iaitu Selangor. Pihak "admin" Blog Fan Sabahawks mendapatkan penerangan dari Pengerusi Kelab Penyokong Sabahawks Tuan Mohd Joh Hj Wid mengenai Jersi tersebut, ini penerangannya, "Persamaan jersi biasa berlaku dalam mana-mana pertandingan Liga Bolasepak. Sebenarnya setiap pasukan diminta mendaftarkan 3 jersi, dan Sabah ada Merah/Putih/Kuning, Biru/Putih dan Putih/Biru. Biasanya Home Sabah gunakan warna Merah, dan jika bertemu Selangor, Sabah akan gunakan biru/putih atau Putih/Biru".



Isu jersi ini amatlah remeh untuk kita persoalkan, apa yang penting persembahan Sabah dalam kempen Liga Malaysia dapat menambat hati para penyokong negeri ini. 

Dengan adanya Kelab penyokong ini, kita berharap pasukan Sabah akan kembali memberi saingan utama dalam Liga Malaysia sekaligus mengembalikan zaman kegemilangan Sabah pada era tahun 90 an.  Kali terakhir Sabah menjulang Liga Super (Liga Perdana) adalah pada tahun 1996. Para penyokong negeri ini juga diharap dapat memberikan sokongan padu kepada skuad Sabah dengan menghadirkan diri ke Stadium Likas setiap kali Sabah beraksi sebagai tuan rumah, ini kerana permainan Sabah akan bertambah yakin jika penyokong datang beramai ramai ke Stadium.

Sabah akan memulakan aksi Liga Super menentang Terengganu pada 29hb Januari ini di Kuala Terengganu. 

14 January 2011

MAJLIS PERASMIAN KELAB PENYOKONG BOLA SEPAK SABAH


Berita Gembira buat peminat pasukan Sabah...!!

Bola Sepak Sabah melangkah setapak lagi apabila Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Sabah akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Januari 2010 (Jumaat) bertempat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu.

Gimik Pelancaran itu akan disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah FA (SAFA)

Pelancaran Kelab Penyokong ini sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh peminat pasukan Sabah khasnya yang ingin bersama para pemain untuk berjuang menghadapi Liga Malaysia musim ini terutamanya dalam Liga Super. Dengan adanya Kelab Penyokong Bola Sepak Sabah ini, Diharap dapat membantu menaikkan moral para pemain Sabah dan seterusnya dapat menampilkan persembahan terpuji dalam kempen Liga Malaysia musim 2011.


07 January 2011

PERSIAPAN SABAHAWKS HADAPI LIGA SUPER TERGANGGU

Persiapan rapi Sabah terganggu oleh penundaan tarikh bermulanya saingan Liga Super musim ini. Jadual terkini menetapkan 29 Januari sebagai tarikh bermulanya saingan Liga Super yangdiumumkan baru-baru ini adalah ketetapan ketiga dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sebelum ini, sepak mula saingan utama bola sepak negara dijadualkan pada 1 Januari dan kemudiannya diubah kepada 15 Januari tetapi ianya gagal dikotakan sehingga tarikh baru 29 Januari dikeluarkan. Tidak diketahui sama ada tarikh sebenar bermulanya kejohanan itu disembunyikan dari Sabah atau pihak SAFA sendiri kurang aktif mendapatkan informasi itu tetapi hakikatnya keadaan itu menganggu persiapan pasukan. 

"kalau kita tahu lebih awal mengenai perubahan bermulanya saingan ini, kita mungkin boleh mengatur satu lagi kunjungan ke Singapura untuk perlawanan persahabatan atau melakukan sesuatu yang lebih terancang. Apa yang berlaku sekarang tidak membantu" kata Pengurus pasukan merangkap ketua jurulatih Sabah, Gary Phillips. Menurut Gary lagi, latihan persiapan termasuk kunjungan ke Singapura untuk beberapa siri perlawanan persahabatan pada Disember lalu adalah dengan melihat pertandingan sebenar (Liga Super) akan bermula pada 15 Januari.

Gary juga melahirkan rasa kurang senang apabila beberapa pasukan saingannya dalam Liga Super seakan lebih awal tahu perubahan tarikh jadual pertandingan itu kerana dikatakan kini masih berada di luar negara mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan.

Sabah bertarung dalam Liga Super musim ini selepas lima tahun di Liga Perdana sebelum ini akan memulakan kempen menentang Terengganu di gelanggang lawan pada 29 Januari. Perlawanan kedua juga ditempat lawan, menentang Kuala Lumpur pada 1 Februari. Sabah hanya akan beraksi dihadapan penyokong sendiri pada perlawanan ketiganya menentang Kedah di Stadium Likas pada 12 Februari. 

Sumber : Utusan Borneo

05 January 2011

DEBARAN LIGA MALAYSIA KIAN TERASA


Debaran Liga Malaysia kian terasa oleh semua peminat-peminat bola sepak tempatan. Pada 01 Januari 2011 yang lalu, FAM mengadakan Majlis Undian Perlawanan Liga Malaysia ini termasuk Liga Super, Liga Premier dan Piala FA. 

Sabah yang kembali ke Liga Super setelah 6 tahun berada dalam Liga Premier akan memulakan aksi Liga Super menentang Terengganu di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 29hb Januari 2011 jam 4.45 PM. Manakala untuk Piala FA, Sabah di undi menentang pasukan Pahang yang akan memulakan aksi pada 19hb Februari di Stadium Darul Makmur, Kuantan. 

Liga malaysia kali ini mungkin ada kelainan sedikit, ini kerana pasukan2 dalan Liga Malaysia dibenarkan untuk memilih waktu permainan dan Sabah memilih waktu permainan pada pukul 4.15 petang. 

Apapun, kita berharap agar pasukan Sabah dapat memberikan saingan yang kuat dalam Liga Super ini mahupun Piala FA. 

Majulah Bola Sepak untuk Negeri...!!!

"SABAH TANAH AIRKU"

Berikut adalah Jadual Piala FA dan Liga super 2011

Jadual Piala FA ( 19hb FEB 2011 ) - Timbal balik

Jadual Liga Super 2011 




04 January 2011

ASTRO PENAJA LIGA MALAYSIA 2011


FAM dapat tajaan lumayan Astro RM220j


PETALING JAYA 2 Dis. - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat suntikan penajaan baru empat tahun yang lumayan bagi Liga Malaysia mulai musim ini yang berjumlah RM220 juta apabila melantik Astro Media sebagai rakan media sekali gus ejen pemasarannya.

Penajaan itu meliputi hak penyiaran yang bernilai RM30 juta setiap tahun manakala RM100 juta lagi bakal dilaburkan syarikat TV satelit berbayar itu bagi kegiatan promosi bola sepak dan luar gelanggang tanpa menghalang kerjasama dengan rangkaian TV lain yang ditonton percuma. - Utusan



Astro, FAM bakal materai perjanjian RM120 juta



KELANA JAYA, (D5 Sports) - Astro bakal menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bernilai RM120 juta bermula dari tahun 2011 hingga 2014 sebagai rakan media. 

Berita gembira itu diumumkan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco FAM di wisma badan induk itu.

Menurut Tengku Abdullah, dengan perjanjian itu FAM akan memperolehi RM30 juta menerusi Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL).

Perjanjian tersebut tidak hanya merangkumi perlawanan dalam Liga Super dan Liga Perdana, malah Piala Malaysia, Piala FA, Piala Presiden, Piala FAM dan Piala Sumbangsih.

Turut hadir sama dalam majlis berkenaan Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Anuar Musa menjelaskan Astro berjaya memenangi hak itu kerana pada asasnya menawarkan jumlah yang lebih tinggi berbanding pembida-bida lain, secara tidak langsung membantu kewangan FAM.

Bagaimanapun pesaing televisyen yang lain masih dapat menyiarkan liputan mengenai perlawanan Liga Malaysia (Liga M) dan mereka perlu berbincang dengan Astro. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...